Ahad, 26 Januari 2020

Penerbit filem cabar Syed Saddiq rebut jawatan ketua Pemuda PPBM

Razalif Mohd Zain menghantar borang pencalonan pemilihan 
PPBM, hari ini. (Gambar Bernama)
 
GEORGE TOWN: Penerbit filem yang juga ahli perniagaan Razalif Mohd Zain hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan ketua Pemuda PPBM i Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu nanti.

Razalif, 30, yang kini merupakan ketua Pemuda cawangan Seaview Park berkata beliau berhasrat untuk bertanding jawatan itu bagi memperbaharui lagi barisan Pemuda.

“Salah satu sebab saya hendak bertanding jawatan ketua Armada Nasional adalah kerana kita mengamalkan prinsip demokrasi dan saya juga ingin memperjuangkan nasib dan masa depan Armada,” katanya kepada pemberita selepas menghantar borang pencalonan pemilihan parti itu, hari ini.

Razalif yang turut bertanding bagi jawatan ketua Pemuda Bahagian Bukit Bendera berkata beliau akan memperjuangkan 5 teras iaitu agama, bangsa dan negara, raja berperlembagaan dan Rukun Negara, kebajikan Pemuda serta ekonomi Pemuda, anak muda masa depan negara dan nakhoda bangsa.

Sebelum ini Ketua Pemuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu nanti.

Syed Saadiq yang juga menteri Belia dan Sukan adalah ahli Parlimen Muar Johor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.