Sabtu, 25 Januari 2020

Ketatkan kemasukan pelancong China elak keadaan bertambah buruk

Manzaidi Mohd Amin
MGF22022018_KonvensyenPerdanaWadiraFELCRA12
Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris

KUALA LUMPUR – Penyebaran wabak koronavirus telah merekodkan tiga kes di negara ini melibatkan pelancong asing dari China dan masalah itu akan bertambah buruk jika kerajaan tidak bertindak tegas segera.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, penularan wabak itu menimbulkan keresahan rakyat Malaysia kerana pelancong dari China dikecualikan visa oleh kerajaan.

Beliau juga menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa visa 15 hari kepada  pelancong China akan diteruskan walaupun kerajaan sedia maklum mengenai risiko penyebaran wabak itu sebagai tidak wajar.

Jika kerajaan Pakatan Harapan (PH) menggunakan alasan ianya adalah kepentingan diplomatik antara Malaysia dan China, apakah nyawa dan keselamatan rakyat Malaysia tidak penting?

“Tindakan kerajaan PH melonggarkan kemasukan pelancong China tanpa visa dilihat menimbulkan kemudaratan dari peringkat awal lagi, di mana kita membuka pintu masuk negara dengan pelbagai ancaman seperti penyakit, jenayah dan sebagainya.

“Filipina telah pun menghantar pulang hampir 500 pelancong China yang tiba di Kalibo Aklan sebagai langkah menyekat penularan wabak koronavirus.

“Jadi, sudah tiba masanya kerajaan PH bertindak lebih tegas terhadap kemasukan pelancong dari China sebelum keadaan menjadi lebih teruk,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan seharusnya mempertimbangkan sekatan sementara terhadap kemasukan pelancong dari China dan melakukan saringan kesihatan dengan lebih ketat. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.