Beliau akan menulis surat kepada tempat-tempat tumpuan pelancong berhubung perkara itu.
“Orang yang sudah masuk dalam negara sihat. Tolong jangan halang pelancong masuk ke tempat-tempat yang penting atau yang nak dilawati.
“Ini tidak bagus. Itu salah. Nak halang orang sihat lawat negara ini, apa ini?” katanya pada sidang media di Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.
Beliau ditanya mengenai penutupan Masjid Putra di Putrajaya kepada pengunjung bukan Islam sejak Ahad, susulan kebimbangan terhadap wabak koronavirus.
Sidang media itu turut disertai oleh Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad.
Ahad lalu, Bernama melaporkan Masjid Putra ditutup untuk lawatan pengunjung bukan Islam bermula susulan kebimbangan terhadap wabak koronavirus.
Penutupan itu berkuatkuasa sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak dan buat masa ini masjid tersebut hanya dibuka kepada pelawat beragama Islam untuk menunaikan solat.
Dalam pada itu, Ketapi berkata beliau tidak akan semak semula sasaran 30 juta pelancong ke negara ini kerana yakin keputusan kerajaan menggantung sementara semua visa kepada rakyat China dari Wuhan dan Hubei.
Beliau menyifatkan penggantungan sementara itu sebagai “impak kecil” lebih-lebih lagi pelancong dari Wuhan.
“Kita mempunyai banyak perancangan. Kita lihat situasi dari semasa ke semasa.
“Kalau beri kesan pun cuma sedikit. Tetapi saya fikir kita masih mempunyai strategi untuk tingkatkan lagi sasaran kita,” katanya.
Ketapi berkata apa yang menjadi masalah pada masa ini adalah mengenai penyebaran berita palsu mengenai penularan koronavirus di negara ini.
“Mungkin ada agenda,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.