Asas kepada kaedah kuarantin dalam Islam: MP Kuala Nerus
BANGI
– Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
At-Takiri menggesa kerajaan Malaysia untuk menyekat pelancong China dari
memasuki negara ini, susulan kes jangkitan novel koronavirus
(2019-nCoV) yang boleh mengancam nyawa rakyat.
Mohd Khairuddin berkata, perkara itu penting sebagai langkah awal yang juga bertepatan dengan kaedah Islam.
“Kaedah Islam dalam bab wabak taun iaitu orang dalam kawasan wabak
tidak dibenarkan keluar dan orang luar tidak dibenarkan masuk ke kawasan
wabak
“Itulah juga asas kepada kaedah kuarantin dalam Islam,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu lagi
kes yang disahkan dijangkiti koronavirus malam tadi, menjadikan jumlah
individu disahkan positif 2019-nCoV kepada empat setakat ini.
Kes terbaharu itu menimbulkan kebimbangan banyak pihak, yang mendesak
kerajaan supaya menyekat sementara kemasukan pelancong China ke negara
ini sehingga wabak berkenaan pulih.
Setakat awal pagi hari ini, angka korban akibat wabak koronavirus di China meningkat kepada 80 orang.
South China Morning Post yang memetik pihak berkuasa kesihatan China
berkata, kes jangkitan koronavirus pula meningkat kepada 2,400 orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.