Khamis, 26 Disember 2019

Tidak wujud elaun parking RM5,700 untuk menteri – Saifuddin

Wartawan MalaysiaGazette
infoparking
Maklumat yang tular di media sosial.
KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, maklumat tentang elaun parking berjumlah RM5,700 untuk menteri yang tular di media sosial adalah tidak betul.

Katanya, sepanjang pengetahuannya tidak ada elaun seumpama itu dan beliau sendiri tidak pernah menerima kemudahan sedemikian.

Sebelum itu di laman Twitter seorang netizen membuat ciapan:

parking
Ciapan Saifuddin di laman Twitter
Seorang lagi netizen bertanya: “YB boleh bagi simple explanation kenapa perlunya elaun parking sebanyak RM5700 sebulan? Dah lama perkara ni menjadi pertanyaan tp tak pernah ada sesiapa beri penerangan.”

Menteri Luar itu membalas: “Sepanjang pengetahuan saya, saya tak ada elaun parking”.

Beliau juga berkata, maklumat yang tular itu tidak betul.

Sejak kelmarin tular infografik mengenai gaji serta elaun yang diterima menteri. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.