Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
Kerajaan perlu tindak tegas, jika tidak mereka akan masuk ‘Stage 2’
BANGI – Sekiranya kerajaan kekal membisu terhadap ‘kebangkitan’ ideologi
pengganas komunis di negara ketika ini, maka tidak mustahil puak ini
akan meningkatkan lagi ‘gear’ kebiadapan mereka di masa akan datang.
Penganalisis
politik, Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid menegaskan, beberapa siri
peristiwa mengejutkan termasuk tindakan membawa masuk abu mayat bekas
pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, bendera bintang lima
yang dipaparkan di kejohanan bola keranjang dan terbaharu perhimpunan
300 bekas anggota di sebuah kolej swasta di Kajang, semalam adalah
percubaan puak ini untuk melihat serta mengusik sensitiviti rakyat
Malaysia.
“Ini adalah
‘stage 1’ percubaan untuk membawa ideologi komunis ke dalam negara.
Katakan kerajaan Malaysia tak kenakan sebarang tindakan kepada mereka.
“Maka,
bersiap-sedia mungkin ada tingkat kedua. Yang datang perhimpunan itu
mungkin 300 sahaja, tetapi pasti di belakangnya ada banyak lagi,”
katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan 300 individu terdiri daripada bekas anggota PKM hadir satu perhimpunan di Kajang.
Perjumpaan
itu difahamkan diadakan bagi memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian
Damai Hatyai yang ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan PKM pada 2
Disember 1989.
Menurut
salah seorang bekas anggota PKM, Tan Yi Yu perjumpaan itu bukan sahaja
untuk mengingati sejarah mereka tetapi juga untuk membetulkan salah
faham terhadap perjuangan mereka.
Membidas kenyataan itu, Mohd Noor mempersoalkan, perjuangan apakah yang dimaksudkan oleh Yi Yu.
Sedangkan,
katanya, pelbagai peristiwa berdarah yang masih segar dalam ingatan para
pejuang kemerdekaan tanah air ini, dilakukan oleh puak pengganas
komunis yang tidak berhati perut.
Malah, kata
beliau lagi, lebih membimbangkan apabila ada ahli politik dari parti
pemerintah Pakatan Harapan (PH) iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Sungai Pelek, Ronnie Liu dan veteran PKR, Syed Hussin Syed Ali hadir
sama dalam perhimpunan berkenaan.
“Dia kata
komunis hendak memperjuangkan kemerdekaan. Tetapi lupakah dia apa yang
berlaku di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Kekejaman yang pernah
dilakukan komunis ketika itu?
“Kalau masih
ingat, di Lenggong berlaku peristiwa hitam, bintang tiga membunuh
anggota keselamatan dan penduduk. Ada yang matanya dicungkil, disiram
dengan air panas, diseksa bagai nak rak. Itu ke perjuangan yang
dimaksudkan?,” soal Mohd Noor yang tidak berpuas hati dengan kenyataan
bahawa perhimpunan itu diadakan bagi membetulkan salah faham terhadap
‘perjuangan‘ komunis.
Beliau
menegaskan, jika kerajaan tidak mengambil tindakan tegas ke atas
golongan ini, ia akan hanya membuatkan mereka lebih berani untuk mara
dan menonjolkan diri bagi memperjuangkan kembali ideologi pengganas
komunis.
“Bayangkan
apa akan berlaku kepada Tanah Melayu jika komunis berjaya menakluki pada
ketika itu. Apakah negara kita akan jadi negara demokrasi atau
sebaliknya.
“Kalau dia
berjaya, maka Tanah Melayu pada masa itu sama dengan republik rakyat
Vietnam, China. Yang ada di belakang kita adalah komunis
“Ke mana kita kalau mereka memerintah. Siapakah yang akan mendominasi pada masa itu sekiranya parti komunis menang?,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.