Chiow Chuen berkata, persidangan itu bertujuan menarik perhatian mengenai kuasa atau autonomi lembaga pengelola sekolah, dan ia tidak bertujuan menghasut emosi mana-mana orang.
“Kementerian Pendidikan bagaimanapun tidak ambil peduli, malahan lewat semasa menerima memorandum apabila kami bertandang ke kementerian.
“Ini menunjukkan Kementerian Pendidikan tidak ambil berat tentang isu pendidikan bahasa Cina yang dititik berat kaum Cina,” katanya dipetik Sinchew Daily.
BACA: Persidangan pertubuhan Cina tetap diteruskan
BACA: Persidangan Pertubuhan Cina diperluaskan kepada badan India
Beliau pada masa yang sama menegaskan bahawa pihaknya dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia(Dong Zong ) menghormati bahasa semua kaum dan menegaskan kemajmukan dalam negara.
“Kami tidak menentang mana-mana bahasa termasuk tulisan Jawi. Kami juga berharap kaum berbeza akan dapat memahami budaya lain dalam usaha mengalakkan keharmonian,” katanya.
Walau bagaimanapun, Chiow Chuen berkata, autonomi lembaga pengelola sekolah tidak boleh diketepikan.
“Jika autonomi ini mula diketepikan, Kementerian Pendidikan akan menggunakan ‘kesempatan’ ini untuk mengulangi benda yang sama dengan membiarkan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) untuk membuat keputusan dalam dasar lain.
“Isu ini tidak seperti yang disangkakan Timbalan Menteri Pendidikan (Teo Nie Ching) dan Menteri Kewangan (Lim Guan Eng), mereka tidak pernah mengalami liku dan duri yang didepani pendidikan Cina sejak zaman sebelum merdeka hingga kini,” katanya.
BACA: Bantahan Jawi: Jika Dong Jiao Zong mahu cetus kekacauan, buatlah – PM
Beliau berkata, dengan mengenepikan autonomi lembaga pengelola sekolah, sekolah vernakular yang mempunyai 90 peratus murid bukan Cina boleh ditukarkan kepada sekolah kebangsaan (SK) jika 51 peratus ibu bapa bersetuju berbuat demikian.
“Keadaan itu akan menyebabkan jumlah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) berkurangan,” katanya yang menggambarkan kesukaran untuk membina sekolah vernakular baharu.
Chiow Chuen berkata, lembaga pengelola merupakan benteng terakhir pendidikan Cina.
“Jika lembaga pengelola sekolah dipinggirkan, badan ini akan jadi seperti tidak signifikan malahan tiada gunanya pada masa depan,” katanya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.