Exco Pemuda Umno, Bastien Onn menzahirkan rasa malu terhadap tindakan timbalan ketua menteri Sabah, Wilfred Madius Tangau menerima RM600 daripada bantuan monsun untuk pekebun kecil getah.
"Untuk pengetahuan Wilfred Madius Tangau, anda sebagai seorang wakil rakyat (ahli parlimen) dan juga seorang Timbalan Ketua Menteri - janganlah sibuk memikirkan soal apa bantuan yang patut dan layak anda terima.
'Saya rasa malu apabila mendengar beliau mempertahankan apa yang diterima berdasarkan luas kebun yang beliau miliki," kata Bastien dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Wilfred berkata tiada peraturan mengatakan seorang menteri tidak berhak menerima bantuan itu.
Senarai itu tersebar di media sosial dan mengundang kritikan daripada warga internet.
Seolah-olah rampas bantuan pekebun kecil
Bastien berkata Wilfred seharusnya sedar bahawa masih ramai pekebun kecil belum menerima bantuan yang sepatutnya mereka peroleh.
"Banyak di kalangan mereka yang masih memerlukan bantuan seperti baja dan bantuan musim hujan ini.
"Mengapa
seorang MP dan Timbalan Ketua Menteri tidak mengutamakan rakyat
terdahulu. Ini seolah-olah merampas bantuan musim tengkujuh pekebun
kecil," katanya.
"Selama ini kerajaan PH sering menjaja bahawa kedudukan kewangan mereka rendah.
"Saya
minta rakyat di Tuaran dapat melihat gelagat wakil rakyat yang mereka
pilih ini dan mulalah beratur beramai-ramai di hadapan pejabat beliau
untuk menuntut hak masing-masing sama seperti apa yang Tangau perolehi,"
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.