Selasa, 24 Disember 2019

Panas ‘punggung’ Ramasamy tengok sokongan masyarakat India kepada MIC – Vigneswaran

Kasthuri Jeevendran
 
 MGF25082019_PERHIMPUNAN-AGUNG-MIC-KE-7340




KUALA LUMPUR – Pelik sekali apabila melihat pemimpin DAP dalam kalangan India yang satu ketika dahulu berkempen ke hulu hilir meminta sokongan masyarakat India untuk memegang tampuk kuasa.

Apabila sudah berkuasa, mereka masih lagi berperangai kebudak-budakan dengan menuding jari kepada MIC yang masih lagi menjadi parti keramat masyarakat India.

Malah pemimpin seperti Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy masih lagi berada di takuk lama dengan menyalahkan MIC bagi menutup kelemahan mereka yang tidak mampu mengotakan janji kepada masyarakat India.

Itu luahan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran ketika ditemui MalaysiaGazette yang mahu mendapatkan pandangan beliau mengenai masib 60 pekebun kecil di Kuala Terla, Cameron Highlands.

“Sebenarnya, mulut saya ini boleh berkata segala macam apatah lagi kami dari MIC telah memperjuangkan nasib masyarakat sejak lebih 60 tahun dan sehingga kini masih lagi terus setia walaupun sudah tidak lagi berjawatan mahupun memegang tampuk kuasa.

“Pelik rasanya apabila seseorang yang sangat terpelajar seperti Ramasamy yang dahulunya dikenali sebagai profesor itu masih lagi seperti anak-anak Ribena menuding jari kepada MIC seandainya berlaku sesuatu krisis.

“Beliau pula duduk di kerusi empuk dan menjadi ‘keyboard warrior’ mengeluarkan segala macam kenyataan seolah-olah masih lagi duduk di kerusi pembangkang sedangkan kini sudah menjadi kerajaan manakala kami dalam MIC sudah tidak ada jawatan mahupun kuasa.

“Apakah jasa kamu? Selama lebih 60 tahun? Selepas kamu menang Pulau Pinang dan Selangor?
Mungkin lebih banyak rumah ibadat, kuil dirobohkan, pendidikan tidak terjaga dan segala macam contoh saya boleh berikan.

“Kini setelah pegang tampuk kuasa juga, kamu masih lagi menyalahkan MIC. Kononnya kita yang telah membawa kes pekebun kecil di Kuala Terla ini ke mahkamah. Wahai Ramasamy, bukankah kamu dan parti kamu yang bijak pandai dalam menghasut semua untuk bawa segala macam kes ke mahkamah?

“Dalam isu Kuala Terla, ketika rundingan bersama kerajaan negeri, siapakah sebenarnya ‘kambing hitam’ yang menghasut para pekebun ini ke mahkamah? Hakikatnya umum juga tahu sekiranya kes sudah ke mahkamah, tidak ada kuasa lain selain mahkamah.

“Jadi bagaimanakah kerajaan negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) ini untuk membantu para pekebun yang sudah bertani di Kuala Terla sejak lebih tiga empat generasi ini? Siapa yang hasut apabila dapat tahu MIC sedang berunding dengan kerajaan negeri bulan April lepas?

“Ramasamy, kamu tolong jangan fikir rakyat pada masa ini sangat jahil untuk berterusan untuk terima kebodohan serta hasutan kamu? Cukuplah, hentikan politik jijik ini dan jangan sesekali memandai ajar kami, kamu semua masih lagi mentah dan banyak yang perlu di pelajari,” katanya.

Kata Vigneswaran yang juga Yang DiPertua Dewan Negara, seandainya kes itu tidak dibawa ke mahkamah tempoh hari, pastinya kerajaan negeri di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sudah berunding mencari jalan penyelesaian terbaik pada April lalu.

Kenyataan Vigneswaran juga tidak dapat disangkal kerana sememangnya Wan Rosdy sebelum ini pernah tampil memberikan keyakinan kepada para pekebun kecil ini bahawa penyelesaian terbaik dari pihak beliau akan diumumkan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun segalanya telah berubah apabila kes pengusiran itu di bawa ke mahkamah oleh segelintir pekebun kecil yang terdiri dalam kalangan komuniti India.

Bjawatanagaimanapun tidak dapat dinyatakan siapa ‘dalang’ di sebalik kes mahkamah ini.

Kata Vigneswaran, tindakan pemimpin MIC meletak jawatan dalam kerajaan negeri Pahang adalah tamparan hebat kepada pimpinan DAP.

“Pemimpin DAP ini yang hanya sekadar keluarkan kenyataan siang malam. Tindakan proaktif tiada walaupun kuasa dalam tangan. Cakap-cakap macam tin kosong sahaja.

“Bila demonstarsi sehingga memaksa MIC letak jawatan, tidak ada satu kenyataan mahupun panggilan telefon oleh pemimpin-pemimpin yang berjuang untuk komuniti India terutamanya dari DAP. Sebaliknya hanya kenyataan sekali lagi menyalahkan MIC oleh Ramasamy.

“Pihak kami akan mengambil tindakan perundangan terhadap pemimpin seperti Ramasamy yang sesuka hati keluarkan kenyataan. Malulah sikit, sebelum keluar kenyataan semak fakta. Kamu ingat kamu masih lagi pembangkang dan kami dalam MIC ini bayi baru lahir?

“Ingat senang untuk kamu buat dakwaan itu dan ini terhadap MIC dan kami akan berdiam diri?
Jangan lupa kini kamu berkuasa, kami adalah barisan pembangkang. Jangan fikir kami akan diamkan diri, hakikatya tidak ada yang memahami suara hati komuniti ini seperti MIC.

“Dulu boleh sahaja kamu tuduh itu dan ini. Rakyat juga termakan segala macam hasutan. Kini ada peluang untuk kamu betulkan keadaan, bukan sahaja kamu tidak berbuat apa-apa selain tuding jari tetapi kamu masih lagi berperangai seperti dulu, menghasut pemikiran rakyat,” kata beliau.
MGF14102019_SIDANG-PARLIMEN_17
P. Ramasamy
Vigneswaran juga mendakwa hakikatnya DAP sudah panas punggung kerana rata-rata pemimpin MIC apabila gagal mencari jalan penyelesaian bertindak meletak jawatan kerana tidak mampu beterusan menipu rakyat.

“Semestinya mereka tidak sangka kita akan bertindak seperti ini lagi-lagi Ramasamy. Banyak isu yang saya boleh sebutkan dari Kg Buah Pala sehinggalah isu Kuil Seafields ini. Macam-macam tapi kamu tidak buat apapun.

“Nasib komuniti kita kamu langsung tidak peduli. Janji salahkan MIC untuk semua. Tapi pelik sekali, kini rakyat telah berikan mandat serta kuasa sepenuhnya. Apa lagi kamu mahu? Saya masih ada rasa hormat pimpinan India dalam parti PH seperi Keadilan tetapi DAP? Setitik pun tiada.

“Kerajaan BN telah banyak memberikan kemudahan serta keselesaan ini kepada komuniti ini. Selama 60 tahun MIC melalui BN telah bina berpuluh-puluh sekolah, mana Ramasamy masa itu? Kini apa jasa kamu? Selain kenyataan demi kenyataan menyalahkan MIC.

“Ada maruah atau tidak kamu ini? Sampai bila hendak main politik kotor memperbodohkan rakyat dan komuniti kita? Kamu fikir mereka ini jahil sangat? Lihat kuasa mereka kelak, sokongan masyarakat India kepada MIC dan BN ini buat PH dan DAP gelabah tidak menentu,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.