LIM Kit Siang, veteran DAP dan Pengerusi paling lama DAP melenting di FMT apabila GAMIS mendesak untuk mengharamkan Dong Zong. Sungguh kelakar apabila seorang pemimpin tertinggi parti cuba mengalihkan isu dengan menyalahkan GAMIS.
Katanya di FMT “If Saifullah and the Ustaz are given immunity and impunity to make such baseless, incendiary and irresponsible statements, promoting hate, distrust, bigotry and intolerance among Malaysians, Malaysia will never succeed as a united, democratic, progressive, prosperous and successful nation but will suffer the fate of a failed, backward, divided and broken country,”.
Lim Kit Siang secara jelas cuba menekan pihak berkuasa untuk menghalang suara GAMIS yang berusaha menjaga perpaduan negara ini. Malah kononnya Dong Zong seolah-olah seperti mangsa yang tertindas walhal mereka lah punca kepada keresahan kaum yang kami bimbang membawa kepada perbalahan kaum.
Namun, ironinya kenapa Lim Kit Siang yang melenting bila Dong Zong didesak? Kenapa seorang pemimpin tertinggi parti sanggup mengeluarkan kenyataan sehina ini? Apakah Lim Kit Siang di belakang Dong Zong menentang penulisan Jawi? DAP tidak perlu menjadi benteng kepada pertubuhan yang tiada toleransi ini.
Rasanya semua cukup kenal parti manakah yang mencetuskan provokasi sehingga membawa sejarah hitam Malaysia suatu ketika dulu. Jadi bila GAMIS sendiri sebut berkaitan ancaman sejarah hitam Malaysia, kenapa melenting?
Haramkan Dong Zong !
“Demi Islam, Mahasiswa Bangkit”
*ARMAN USMAN
Pengerusi Majlis Politik Nasional , Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.