Ketika kaedah interaksi ahli politik dengan para penyokong semakin moden, warisan seni budaya Melayu seperti pantun tetap mendapat tempat di hati anggota parlimen Pontian, Ahmad Maslan.
Semalam, di Twitter, Ahmad membuat ulasan terhadap pantun-pantun yang dikarangnya sendiri.
“Pantun saya unik,” katanya yang cukup gemar berpantun, baik di parlimen, mahupun di media sosial.
Menurut Ahmad, pantunnya mengandungi rima (keselarasan bunyi) dalam rangkap pembayang, bukan hanya di hujung baris, tetapi juga di tengahnya, sambil menunjukkan beberapa contoh pantun yang dikarangnya.
"Hampir semua saya cipta sendiri.
Tak mudah tapi taklah susah. Dan kebanyakan pantun membantai rejim PH
DAP," kata bekas menteri kabinet itu.
Tanam kuini, dalam pasu,
Ketika redup, waktu pagi;
Kerajaan ini, manifesto palsu,
Kos hidup, makin tinggi.
Pantun ialah puisi tradisional yang mengandungi beberapa baris ayat, dan selalunya berima di hujung baris dalam pola a, b, a, b (bagi pantun empat kerat) antara baris pembayang (dua baris teratas) dan maksud (dua baris terbawah).
Terdapat ahli bahasa menyatakan, pantun yang baik bukan sekadar mempunyai rima, tetapi perlu mempunyai pembayang yang “membayangkan” maksud.
LIHAT TWITTER DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.