Sebaliknya, apa yang berlaku masih lagi mengikut prosedur yang ditetapkan, tidak seperti isu 1MDB, Tabung Haji, FGV yang boleh dianggap sebagai skandal.
“Tapi ke mana pergi bajet RM1.4 bilion itu. Kita yakin akan berikan kepada pihak Nafas (Pertubuhan Peladang Kebangsaan) itu sahaja,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Kongres Benih Asia 2019.
Hadir sama pada majlis itu Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salim Parlan dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Datuk Haslina Abdul Hamid.
BACA: KSU sabotaj Salahuddin?
BACA: Tender Nafas: Salahuddin mengaku tulis surat sokongan kepada Tun M
Salahuddin berkata, tidak ada sebarang skandal berlaku di kementeriannya, sebaliknya mereka berada dalam situasi yang harmoni.
“Tiada apa skandal pun yang berlaku. Itu kata mereka (pembangkang) skandal. Kami tiada skandal pun,” ujarnya.
Sebelum ini, media melaporkan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mendakwa terdapat cubaan sabotaj dalam kalangan pegawai kementerian dengan menganugerah dan membatalkan tender tanpa pengetahuan Salahuddin.
BACA: Tender: Ada pegawai sabotaj Salahuddin – Khalid
Salahuddin mengaku menulis surat kepada perdana menteri mengesyorkan tender pertanian padi bernilai RM1.4 bilion diberi kepada Nafas.
Beliau berkata tidak salah menulis surat sokongan itu kerana tender itu belum diputuskan dan akhirnya, ia akan memberi manfaat kepada 920,000 ahli Nafas dan bukan untuk perkayakan dirinya.
Sebelum itu, Presiden MCA Wee Ka Siong meminta pengesahan dalam Dewan Rakyat mengenai seorang menteri menulis surat sokongan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Beliau mempersoalkan pemberian projek pembekalan input pertanian sektor padi kepada Nafas, yang melibatkan peruntukan RM1.4 bilion, mendakwa ia diberi secara rundingan terus walaupun tewas dalam persaingan tender terbuka.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengapa KSU kementerian tidak kelihatan pada program yang dihadirinya, Salahuddin berkata, media harus mengajukan soalan itu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.