Oleh Fazleen Safina
Tanah pusaka orang Melayu tolonglah kekalkan sebagai warisan
BANGI–
Keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk membangunkan Kampung Baru
mendapat tentangan pelbagai pihak, walaupun alasannya untuk
meningkatkan jumlah penduduk Melayu menjadi 180,000 orang di kawasan
berkenaan.
Rata-rata netizen tidak bersetuju dan
berpendapat Kampung Baru mesti dikekalkan warisannya sedia ada, kerana
bimbang pembangunan kelak akan menghakis tradisi Melayu.
“Jangan jual pada PH. Mesti Cina juga
yang buat bangunan kedai kat situ. Akhirnya Melayu yang kena halau masuk
dalam hutan. Dahla rumah kat bandar ni dah tak mampu nak beli lagi,”
tulis Song Hyun Sup.
Selain itu, pengguna Kanjeng Doso dalam tulisannya mempersoalkan relevan membangunkan Kampung Baru.
Beliau berkata, Kampung Baru seharusnya dinaik taraf sebagai tarikan pelancong.
“Dengan cara ini kau nak tolong orang
Melayu? Kau rasa mampu milik ke kediaman di situ kalau siap? Silap-silap
warganegara China, Nepal, India, Indo yang duduk. Tak payah nak
membohong la.
“Tapi ingat, kalau terjadi juga, maknanya
nama kau akan tercipta dalam sejarah, hilangnya Kampung Baru dan
warisan Melayu atas nama Khalid Samad. Kau ni ibarat macam Othman Wok
(Singapura),” katanya.
“Kawan aku tinggal situ memang dia tidak
akan jual. Ini tanah pusaka orang Melayu kekalkan sebagai warisan.
Tunggu sehingga BN PAS menang kita fikirkan jalan yang terbaik,” tulis
Muhammad Iqmal.
Pada masa sama, Mt Firdaus Cool
mencadangkan supaya Kampung Baru dijadikan sebagai bandar warisan sama
seperti sebuah kampung di Pulau Pinang.
“Isytihar sahaja ‘heritage city’ macam di
Penang. Kampung Cina hinggakan setinggan atas laut pun dapat
‘heritage’. Depa boleh, kenapa Kampung Baru Melayu tak boleh,” soalnya.
Malah Nonie Hussin pula mencadangkan:
“Apa kata wartakan sahaja Kampung Baru di bawah UNESCO (Pertubuhan
Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)?”
“Situ je ada kampung Melayu di Kuala Lumpur. Sebagai lambang adanya identiti Melayu, harap pertahankan,” tulis Zakwan Ikhwan.
Sementara itu, Mohd Khairi Shaari
berkata: “Kalau Kampung Baru tak cantik, kau sebagai kerajaan
cantikkanlah. Bagi infrastruktur dan kemudahan untuk penduduk Kampung
Baru.
“Bagi pinjaman untuk mereka memperbaiki
rumah mereka dan kekalkan imej rumah tradisi supaya menjadi tarikan
pelancongan untuk datang ke Kampung Baru, bukan hapuskan tradisi orang
Melayu,” katanya.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan harga
tawaran baru pembelian tanah Kampung Baru bernilai RM1,000 bagi setiap
satu kaki persegi berbanding RM850 pada asalnya.
Harga RM150 setiap kaki persegi akan
diperoleh dalam bentuk pegangan saham melalui Syarikat Tujuan Khas (SPV)
yang akan ditubuhkan kelak.
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul
Samad berkata, beliau yakin pemilik tanah di Kampung Baru akan
bersetuju untuk menjual tanah mereka bagi tujuan pembangunan semula
kampung yang berusia lebih 100 tahun itu.
Katanya, ia kerana tawaran yang mencecah
sehingga RM43.5 juta bagi satu ekar atau 0.4046 hektar tanah di kawasan
itu merupakan paling tinggi dalam sejarah.
Beliau berharap pihaknya mendapat persetujuan semua pewaris tanah Kampung Baru pada akhir bulan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.