Belanjawan 2020 peruntukkan RM216.9 juta bagi tujuan rawatan
KUALA LUMPUR
– Kes kanser payudara di negara ini berada pada tahap amat
membimbangkan apabila ia menjadi pembunuh nombor satu wanita, dengan
Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan 2007-2011 mendedahkan 31.1 kes
kanser itu berlaku dalam setiap 100,000 penduduk di negara ini
Menteri
Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, dalam kebanyakan kes
kanser payudara yang dicatatkan, 43 peratus yang mendapatkan ujian
saringan mengesan kanser payudara berada pada tahap kritikal iaitu tahap
ketiga dan keempat.
“Kerajaan
komited dalam menangani kes kanser payudara. Menerusi Belanjawan 2020,
kerajaan memperuntukkan sebanyak RM216.9 juta bagi tujuan rawatan
kanser.
“Usaha
menangani kanser payudara yang sering dilaporkan berlaku terhadap
golongan wanita ini perlu melibatkan penggembelengan seluruh masyarakat
bukan sahaja kerajaan dan syarikat korporat malah pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) serta orang perseorangan,” katanya ketika ditemui
pemberita selepas majlis pelancaran Program Mamogram Percuma Etiqa –
fasa ketiga dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM)
di sini, hari ini.
Program
tersebut yang turut dijalankan di beberapa hospital terpilih di sekitar
Semenanjung Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM2 juta menyediakan
6,000 pemeriksaan kanser payudara percuma untuk wanita yang kurang
bernasib baik dan berusia 40 tahun ke atas.
Program
Mammogram Percuma Etiqa fasa ketiga itu merupakan lanjutan kejayaan fasa
satu dan dua program itu yang telah memberi manfaat kepada 11,000
wanita kurang berkemampuan di seluruh Semenanjung.
Dzulkefly
berkata, kanser payudara adalah pembunuh kedua selepas kanser paru-paru
dan antara 14 jenis penyakit pembunuh, dan oleh itu, diagnosis awal
kanser dapat menghindari pesakit kanser berada pada tahap yang lebih
kritikal dan sukar dirawat sehingga boleh menyebabkan kematian.
Katanya
program mammogram percuma mampu mewujudkan kesedaran dalam kalangan
masyarakat tentang pentingnya pemeriksaan kanser payudara dalam kalangan
wanita yang kurang berkemampuan.
Sementara
itu, mengulas mengenai tindakan mewajibkan imunisasi kepada bayi dan
kanak-kanak bermula tahun depan, Dzulkefly berkata keputusan mengenainya
akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Kita telah tubuhkan jawatankuasa khas yang akan membentangkan dapatan maklumat lanjut sebelum ia diputuskan,” katanya.
Terdahulu
dilaporkan kerajaan mencadangkan untuk mewajibkan ibu bapa memberi
suntikan imunisasi kepada anak-anak mereka.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.