Isnin, 25 November 2019

Hebat dan tenang Dun Terengganu

MOHD NASIR ABDULLAH

 

KERAJAAN Terengganu baru selesai membentangkan Belanjawan 2020 bertemakan Membina Generasi Terengganu Sejahtera  yang telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berjumlah RM1.83B. Tetapi berapa ramai yang perasan apa yang hebat dan tenang yang ada dalam Dun Terengganu? Mari saya tunjukkan.

Hebat

Dun Terengganu hebat kerana di dalamnya ada tiga orang Menteri Besar, satu penyandang (Rhu Rendang), dua lagi mantan (Kijal dan Seberang Takir), tiada dalam Dun negeri lain tiga orang MB bersama seperti ini.

Bertambah hebat bila ada 10 orang memegang jawatan Exco sekarang (Chukai, Paka, Alur Limbat, Bukit Payong, Kuala Berang, Ladang, Wakaf Mempelam, Bukit Tunggal, Jabi dan Kota Putera).

Enam orang bekas Exco (Jerteh, Hulu Besut, Permaisuri, Telemong, Bukit Besi dan termasuk YB Dato Speaker). Hanya ada 10 Adun yang pertama kali masuk dewan daripada 32 kerusi (Kota Putera, Jabi, Wakaf Mempelam, Bandar, Batu Burok, Ajil, Rhu Rendang, Pengkalan Berangan, Kemasik dan Air Putih).

Bermakna boleh disimpulkan Dun Terengganu adalah Dun yang sangat berpengalaman dengan adanya iaitu separuh daripada Adun-adun sedang dan pernah menjadi dan memerintah Kerajaan Terengganu. InsyaAllah Terengganu akan menjadi Dun paling matang dalam persidangan mereka.

Tenang

Dun Terengganu tenang kerana tiada wakil PH. Sama seperti Kelantan. Cuba bayangkan orang PH ada di dalam Dun Terengganu, pastinya akan menjadi caca marba persidangannya, seperti di Parlimen, Melaka dan Perak.

Kita boleh lihat perangai Jelutong di Parlimen, yang banyak kali Speaker meluat dengannya, menyuruh menarik balik perkataan yang tidak sesuai. Lihat kelakuan Pengkalan Batu, Exco Pertanian Melaka, sehingga Speaker Dun sendiri menyindir beliau sebagai Juara Penembak Babi. Manakala Speaker di Perak pula sering menggunakan kuasanya bagi memberikan peluang kepada PH dan menyekat MN. Mahukah anda semua Dun kita jadi begitu?

Jadi jika anda, rakyat Terengganu, cintakan ketenangan, ingin membantu Adun-adun kita bekerja dalam keadaan baik dan selesa, pastikan tiada wakil PH dalam Dun kita. InsyaAllah Adun-adun Muafakat Nasional akan lebih fokus membantu rakyat tanpa gangguan PH. Terima kasih kepada MB yang memberikan peruntukan RM250 ribu kepada semua 10 Adun BN bagi kepentingan rakyat.    HARAKAHDAILY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.