HARAKAHDAILY
MENGEJUTKAN bila satu kaji selidik yang dijalankan oleh Emir Research yang
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya adalah Datuk Wira Dr Rais
Hussin Mohamed Ariff, Pengerusi Biro Dasar Dan Strategi BERSATU,
menunjukkan bahawa:
(1) Hanya 24 peratus rakyat Malaysia berpendapat Kerajaan PH berdaya maju (viable), 30 peratus rakyat Malaysia berpendapat Kerajaan PH tidak berdaya maju (not viable) dan 46 peratus tidak pasti sama ada Kerajaan PH berdaya maju (viable) atau tidak (not viable).
(2) Hanya 26 peratus rakyat Malaysia berpendapat ekonomi negara
berada pada kedudukan yang kukuh, 30 peratus rakyat Malaysia berpendapat
ekonomi negara tidak berada pada kedudukan yang kukuh dan 44 peratus
tidak pasti sama ada ekonomi negara berada pada kedudukan yang kukuh
atau tidak.
(3) Hanya 26 peratus rakyat Malaysia berpendapat
masa depan negara berada pada trek yang betul, 24 peratus rakyat
Malaysia berpendapat masa depan negara tidak berada pada trek yang betul
dan 50 peratus tidak pasti sama ada masa depan negara berada pada trek
yang betul atau tidak.
Memetik kata-kata Assistant Professor Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar:
“Gabungan mereka yang berpendapat Kerajaan PH tidak berdaya maju (not viable) atau tidak pasti sama ada Kerajaan PH berdaya maju (viable) atau tidak (not viable) adalah 81 peratus untuk Melayu, 78 peratus untuk India dan 63 peratus untuk Cina”.
Lebih mengejutkan bila kaji selidik ini adalah diketuai oleh tiga orang
pensyarah dari sebuah Universiti Awam Tempatan, UIA, iaitu:
(1) Professor Dr Mohamad Sahari Nordin dari Kulliyyah of Education.
(2) Assistant Professor Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar dari Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences.
(3) Assistant Professor Dr Margarita Peredaryenko (isteri Datuk
Wira Dr Rais Hussin Mohamed Ariff) dari Kulliyyah of Economics and
Management Sciences.
Kaji selidik ini adalah membabitkan 1,992
responden dan dijalankan pada 5 September ke 10 Oktober 2019 dengan
menggunakan 25 enumerator.
Maklumat lanjut boleh baca di pautan ini: https://www.themalaysianinsight.com/s/20149 – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.