Klip video yang memaparkan Jalur Gemilang dengan lima bintang bersama logo Westport itu ditayangkan semasa nyanyian lagu Negaraku.
MABA berkata, pihaknya mengambil tanggungjawab sepenuhnya disebabkan kesilapan tersebut.
“Tolong maafkan kami, kerana kami sentiasa berusaha untuk membangun dan mengembangkan sukan bola keranjang di Malaysia,” kata MABA.
Ada beberapa netizen yang menyertai majlis perasmian kejohanan itu terkejut dengan penampilan pelik bendera Malaysia dengan lima bintang.
Mereka menyifatkan, lima bintang yang tertera pada bendera itu seperti bendera komunis.
Sedangkan, Jalur Gemilang sepatutnya mempunyai bintang pecah 14 yang menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan.
Sementara itu, Exco Pemuda UMNO, Mohd Fariz Abdul Hadi berkata, zaman Pakatan Harapan ini banyak benda pelik berlaku.
Tetapi kejadian lima bintang pada bendera Malaysia ini sudah melampau.
“Bagaimana penganjur boleh terlepas pandang bendera Malaysia yang mana bintangnya hanya mempunyai lima penjuru.
“Penganjur ini bukan warga negara ke?
“Apa maksudnya? Adakah ada sebab-sebab tertentu yang disengajakan. Moga pihak berwajib mengambil tindakan segera,” katanya.
Sementara itu, Westports Holdings Berhad (Westport) sedang menunggu penjelasan daripada Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) dan kontraktor yang terlibat berhubung paparan klip video bendera Malaysia dengan lima bintang.
Pengarah Urusan Westport, Datuk Ruben Gnanalingam berkata, syarikat itu menyedari mengenai kesilapan tersebut.
Westport adalah antara penaja rasmi Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 yang berlangsung dari 25 November hingga 1 Disember ini. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.