Lebih 20,000 iklan oleh majikan aktif yang tawar pelbagai jawatan
KUALA LUMPUR – Sebanyak 24,600 pekerja sektor swasta diberhentikan kerja sehingga 30 September lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri
Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata, daripada jumlah itu, seramai
21,625 orang terlibat dengan pemberhentian biasa, manakala 2,975 pekerja
pula terbabit dalam Skim Pemberhentian Sukarela (VSS).
Pekerja
terjejas di sektor pembuatan seramai 7,944 orang, sektor aktiviti
pentadbiran dan khidmat sokongan (7,309); perdagangan, borong dan runcit
(2,123), aktiviti kewangan dan insurans (1,748), penginapan dan
aktiviti perkhidmatan makanan serta minuman (1,049).
Sementara
sektor maklumat dan komunikasi melibatkan seramai 679 orang, katanya
dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini.
Beliau
berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang
ingin tahu jumlah pembuangan pekerja dalam semua sektor sepanjang 2018
dan 2019, serta bilangan peluang pekerjaan yang diwujudkan sepanjang
2019.
Bagi
tempoh 2018, Kula Segaran berkata, bilangan pekerja yang diberhentikan
adalah seramai 23,168 pekerja, melibatkan 17,236 pemberhentian biasa dan
5,932 VSS.
Mengenai
bilangan peluang pekerjaan, beliau berkata sehingga Ogos lepas,
kekosongan pekerjaan yang didaftarkan majikan bagi kategori siswazah
adalah sebanyak 50,326 jawatan manakala 642,798 kekosongan jawatan untuk
kategori bukan siswazah.
Malah
lebih 20,000 pengiklanan dilakukan oleh majikan aktif yang menawarkan
pelbagai jawatan di semua kategori pekerjaan sektor awam dan swasta,
katanya.
“Portal
JobsMalaysia (JMC) di bawah kementerian ini merupakan portal rasmi
pasaran pekerja untuk pencarian dan penawaran pekerjaan melalui sistem
padanan kerja secara ‘web-based’. Setiap pencari kerja berpeluang
mendapatkan pekerjaan dan majikan pula berpeluang untuk mendapatkan
calon yang sesuai.
“JMC di
seluruh negara menawarkan pelbagai informasi kekosongan pekerjaan dan
perkhidmatan khidmat nasihat pekerjaan kepada pencari kerja. Majikan dan
pencari kerja juga berpeluang menyertai karnival pekerjaan di seluruh
negara termasuk program temu duga terbuka yang diadakan di semua Pusat
Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara sepanjang tahun,” katanya. –
Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.