Sepanjang kempen, penduduk terima agenda penyatuan Melayu Islam
BANGI
– Presiden Berjasa, Prof Datuk Ir Dr Badrulhisham Abd Aziz berpuas hati
walaupun tidak berjaya menawan Tanjung Piai, partinya tetap berbakti
kepada penduduk kawasan itu menerusi isu-isu yang cuba disuarakan
sepanjang kempen pilihan raya baru-baru ini.
Beliau yang lebih dikenali panggilan Tok
Badh mengakui sehabis daya berusaha membantu penduduk Tanjung Piai,
menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka, sebagai kuasa pendesak.
Katanya, perkara pertama yang dititik beratkan oleh Berjasa di Tanjung Piai adalah isu nelayan.
“Berjasa berkempen selama dua hari
berturut-turut membela nasib nelayan. Kami fokuskan perkara itu kepada
media. Dan akhirnya Menteri Besar Johor umumkan akan memberi wang tunai
RM1,000 kepada nelayan.
“Begitu juga dengan isu feri. Dua bulan
perkhidmatan feri ditutup. Ketika hari Berjasa berkempen, feri
sepatutnya dibuka tetapi tiada tindakan. Kebetulan hari sama, kami
terserempak dengan pemandu teksi yang tersadai di bandar yang ketika itu
langsung tiada pelanggan.
“Kami suarakan lagi dua perkara berkenaan
kepada media. Juga dapat perhatian kerajaan. Di situ kita boleh lihat
bahawa PH gagal menangani isu berkenaan,” katanya ketika bual bicara
Cakap Serupa Bikin TV Pertiwi, di sini, malam ini.
Mengulas lanjut, Tok Badh mengakui
sepanjang pertemuan dengan rakyat di Tanjung Piai, ramai di yang mengadu
terlalu kecewa dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Contohnya janji-janji kerajaan yang
tidak terlaksana. Mereka sangat kecewa. Tetapi sebenarnya di Tanjung
Piai ini banyak lagi isu yang perlu kita lihat walaupun mereka ‘offer
material’,” katanya.
Selain itu, Tok Badh menyifatkan PRK
Tanjung Piai bukanlah pilihan raya biasa seperti sebelum ini, kerana
pengundi masih percaya kepada BN, walaupun PH telah menawarkan perkara
material.
“Sebab BN sudah lama memerintah di situ dan mereka berterima kasih kepada BN.
“Tapi apa yang buat saya terharu ialah
sepanjang dua minggu berkempen tiada satu pun pengundi pun yang berkata
tidak kepada agenda yang kami bawa iaitu penyatuan Melayu dan Islam,”
katanya.
Walaupun Berjasa kalah di Tanjung Piai,
Berjasa tetap menang berprinsip dan bermaruah, nekad akan meneruskan
agenda mengembalikan dominasi kuasa politik orang Melayu.
PRK Tanjung Piai adalah PRK kesembilan diadakan sejak PH memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.