Tindakan biadab graduan jelas salah guna hak kebebasan bersuara
BANGI – Universiti Malaya (UM) perlu pertimbang untuk mengharamkan persatuan pelajar radikal yang bersarang di dalam universiti itu.
Demikian saranan Ahli Jawatankuasa Pusat
Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa), Muhammad Thalhah
Kamarol Zaman susulan tindakan biadab seorang graduan yang mengeluar dan
menayangkan plakad bertulis ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’ ketika berada
di pentas majlis Istiadat Konvokesyen UM, Isnin lalu.
Mengulas perkara itu, Thalhah berkata,
majlis gilang-gemilang yang penuh adat istiadat tercemar dengan kelakuan
tidak beradab mahasiswa terbabit, yang tidak berpuas hati dengan ucapan
naib canselor dalam satu majlis berbeza.
“Ini adalah satu contoh jelas ruang hak kebebasan bersuara yang digunakan dengan salah malah memalukan.
“Adakah sistem pendidikan universiti
melahirkan pelajar sebegini atau sebenarnya ada persatuan pelajar yang
dikatakan dianggotai pelajar tersebut mendoktrin idea radikal ke dalam
minda para pelajar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Thalhah menegaskan, seorang mahasiswa
perlu menunjukkan contoh dan tauladan yang baik ketika mahu menyuarakan
ketidakpuashati dalam sesuatu perkara.
“Saya teringat ketika saya menganggotai
Persatuan Pelajar Islam di universiti dahulu. Ketidakpuashati kami
terhadap layanan universiti kepada kebajikan pelajar Islam kami tidak
suarakan ketika majlis konvokesyen, walaupun majlis itu diadakan di
dalam sebuah gereja!
“Kami suarakan isi hati kami kepada pihak
polis tempatan, di dalam forum-forum pelajar dan ‘steering group’
antara persatuan dan universiti,” katanya.
Sebelum ini, menerusi video tular di
media sosial, seorang graduan UM melakukan protes dengan melaungkan
slogan menolak kepimpinan naib canselor universitinya ketika berada di
pentas majlis istiadat konvokesyen universiti itu.
Individu berkenaan, Wong Yan Ke, graduan
Kejuruteraan Awam, turut menjerit ‘ini tanah Malaysia’, selepas menerima
ijazahnya di atas pentas.
Difahamkan dia berbuat demikian bagi
membantah ucapan Naib Canselor UM, Dr Abdul Rahim Hashim ketika Kongres
Maruah Melayu di Shah Alam 6 Oktober lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.