KUALA TERENGGANU: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh
kepimpinan Pas pada Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) peringkat Terengganu
di Stadium Negeri malam tadi.
Menurutnya, kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu bukan sekadar takdir malah ketentuan ALLAH SWT.
"Mungkin ALLAH SWT mahu turunkan pengajaran disebabkan kifarah kesilapan yang berlaku sejak 61 tahun.
"Justeru saya mewakili seluruh kepimpinan UMNO memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki daripada seluruh kepimpinan Pas," katanya ketika berucap pada himpunan itu.

"Tiada beza sama ada berkopiah putih atau bersongkok hitam, kita semua adalah satu ummah dan satu perjuangan.
"Keikhlasan dalam hubungan yang terjalin antara UMNO dan Pas ini bukan sekadar retorik semata-mata, kita menuju satu matlamat yang sama demi penyatuan ummah," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menyatakan kesediaan dan mengalu-alukan sekiranya Muktamar Tahunan Pas pada tahun depan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
"Saya pernah berbisik kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sekiranya Muktamar Pas tahun depan mahu berpindah ke PWTC, 'ahlan wasahlan'.
"Selama 61 tahun Pas terseksa jadi pembangkang, insya-ALLAH lepas menang dalam PRU15, kita sama-sama duduk dalam satu Kabinet.
"Kita berusaha, bertawakal dengan izin-Nya, Putrajaya sudah mesti milik kita dalam PRU15," katanya.
Terdahulu, sejarah tercipta setelah kedua-dua parti itu membuka lembaran baharu setelah mengisytiharkan pembentukan Muafakat Nasional yang membawa agenda penyatuan ummah di PWTC pada 14 September lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.