Penyanyi dan pelakon Alif Satar mengingatkan peminat kumpulan dari
Korea Selatan, BTS atau Bangtan Boys agar tidak obses atau menggilai
seseorang selebriti hingga menjadi terlalu sensitif.
Alif yang dikecam baru-baru ini oleh BTS army kerana diikatakan salah fakta mengenai kumpulan berkenaan berkata, tidak salah meminati seseorang selebriti namun tidak perlu sampai berlaku perbalahan.
“Tak perlu terlalu taasub dengan artis. Nanti di akhirat tak akan ditanya pun nama setiap anggota kumpulan yang anda taasubkan tu.
"Dalam pada kita meminati seseorang artis atau kumpulan seperti BTS ini, janganlah sampai berlaku pergaduhan. Jangan jadi terlalu sensitif dan taasub," katanya dipetik Harian Metro.
Kata Alif, Instagram tidak sepatutnya menjadi tempat yang terlalu serius.
“Saya faham bagaimana rasanya meminati seseorang artis kerana saya sendiri pun peminat fanatik Siti Nurhaliza,” katanya.
Pada
29 Oktober lalu, Alif menjadi hos program realiti Astro yang bersiaran
setiap minggu dengan salah seorang daripada peserta menyanyikan lagu Boy
With Luv.
Namun, sewaktu membuat pengumuman, Alif menyebut lagu berkenaan asalnya dinyanyikan lapan orang.
Untuk rekod, Boy With Luv dinyanyikan anggota BTS yang dianggotai tujuh ahli bersama seorang penyanyi undangan iaitu Halsey.
Oleh sebab itu, jumlah berkenaan dianggap menyamai lapan orang termasuk Halsey.
Kumpulan BTS dianggotai oleh Jungkook, RM, Suga, V, Jimin, Jin dan J-Hope.
Kenyataan Alif itu mengundang perasaan tidak puas hati BTS army kerana dianggap tidak mempunyai pengetahuan terhadap kumpulan berkenaan.
Alif turut ditanya sama ada situasi itu mengakibatkan dia gentar, namun, dia melihat perkara itu sebagai sesuatu yang melucukan.
"Bagi saya secara peribadi, apa yang berlaku itu sangat kelakar. Ada yang menghentam dan ada juga army menyokong saya kerana mereka tahu, saya tak sebut benda salah pun," katanya.
Alif yang dikecam baru-baru ini oleh BTS army kerana diikatakan salah fakta mengenai kumpulan berkenaan berkata, tidak salah meminati seseorang selebriti namun tidak perlu sampai berlaku perbalahan.
“Tak perlu terlalu taasub dengan artis. Nanti di akhirat tak akan ditanya pun nama setiap anggota kumpulan yang anda taasubkan tu.
"Dalam pada kita meminati seseorang artis atau kumpulan seperti BTS ini, janganlah sampai berlaku pergaduhan. Jangan jadi terlalu sensitif dan taasub," katanya dipetik Harian Metro.
“Saya faham bagaimana rasanya meminati seseorang artis kerana saya sendiri pun peminat fanatik Siti Nurhaliza,” katanya.
Namun, sewaktu membuat pengumuman, Alif menyebut lagu berkenaan asalnya dinyanyikan lapan orang.
Untuk rekod, Boy With Luv dinyanyikan anggota BTS yang dianggotai tujuh ahli bersama seorang penyanyi undangan iaitu Halsey.
Oleh sebab itu, jumlah berkenaan dianggap menyamai lapan orang termasuk Halsey.
Kumpulan BTS dianggotai oleh Jungkook, RM, Suga, V, Jimin, Jin dan J-Hope.
Kenyataan Alif itu mengundang perasaan tidak puas hati BTS army kerana dianggap tidak mempunyai pengetahuan terhadap kumpulan berkenaan.
Alif turut ditanya sama ada situasi itu mengakibatkan dia gentar, namun, dia melihat perkara itu sebagai sesuatu yang melucukan.
"Bagi saya secara peribadi, apa yang berlaku itu sangat kelakar. Ada yang menghentam dan ada juga army menyokong saya kerana mereka tahu, saya tak sebut benda salah pun," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.