Parti tamak haloba tiada taat setia kepada Yang Di-Pertuan Agong
BANGI- Parti paling dominan dalam kerajaan Malaysia, DAP tiada ‘collective
responsibility’ apabila mempertikai tindakan Kementerian Dalam Negeri
(KDN) mengharamkan komik propaganda komunis, kata Ustaz Hazizi Abdul
Rahman.
Naib Presiden Parti Barisan Jemaah
Islamiah (Berjasa) itu membangkitkan isu berkenaan kerana parti tamak
haloba secara lantang menentang keputusan kerajaan yang turut dianggotai
oleh parti itu sendiri.
“DAP jelas mempertahankan agenda penyebaran fahaman komunis yang menentang konsep kedaulatan raja-raja.
“Malah, mereka juga menyokong usaha untuk
mengagungkan pengganas komunis yang telah memerangi kerajaan Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.
“Ketiga-tiga ini bukti bahawa DAP
sememangnya tiada taat setia kepada kepada ketua negara iaitu Yang
Di-Pertuan Agong. Oleh itu, DAP adalah musuh negara,” katanya kepada
Ismaweb.
Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang,
Chow Kon Yeow mempertikai tindakan pihak berkuasa mengharamkan komik
berkenaan, yang didakwanya terlalu cepat berikutan dibuat dalam tempoh
24 jam selepas tular.
“Dalam tempoh satu hari, ia telah
diharamkan. Mungkin ada niat tertentu dalam tindakan tersebut.
Sepatutnya KDN teliti dahulu dengan mendapatkan bantuan pakar sejarah.
“Bukannya haramkan dulu, baru kaji.
Secara peribadi, saya harap KDN teliti semula kandungan komik selain
memahami niat sebenar penerbit yang mengeluarkan bahan bacaan tersebut,”
dakwanya.
KDN mewartakan Perintah Larangan terhadap tiga versi penerbitan komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Merah Manfaat Bersama’.
KDN berkata, perintah larangan itu
diwartakan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
(Akta 301), kerana ia antara lain cuba mempromosikan ideologi komunisme
dan sosialisme menyebarkan fakta yang salah serta mengelirukan mengenai
komunis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.