Menurut beliau, tindakan PAS itu sangat tidak beretika kerana seolah-olah sedang mendahului tugas polis yang menjalankan siasatan mengenai perkara terbabit.
Sebaliknya, Sheikh Umar turut “menyindir” PAS agar menumpukan usaha kerjasama politik bersama Umno berbanding hendak sibuk mengganggu tugas pihak berkuasa.
Beliau, yang juga ketua Pemuda DAP Johor, menambah jika pengharaman itu dicadangkan kerana mengambil kira alasan terbabit, beliau berpendapat Umno dan PAS juga boleh diharamkan kerana sejarah turut menunjukkan bahawa kedua-dua parti ini pernah menghuru-harakan negara.
Ia termasuklah doktrinasi perkauman sempit Umno yang membuatkan anggota masyarakat menjadi kacau bilau, serta kesan “Amanat Haji Hadi” kepada ahli parti, penyokong dan masyarakat yang menyebabkan hubungan masyrakat dan keluarga menjadi retak akibat pengaruh “amanat” berkenaan.
“Tetapi dari sejarah ini, adakah wajar Umno dan PAS juga diharamkan? Kita berpolitik ada etika. Ada perkara bersifat politik yang hanya berbeza pendapat dan pendekatan.
“Berlawan pun ada etika dalam gelanggang, hormatilah etika itu. Apatah lagi kita Muslim, ada tauladan yang boleh kita ambil contoh iaitu Nabi SAW,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Kenyataan itu merujuk kepada saranan PAS semalam yang mahukan kerajaan mengharamkan DAP berikutan penemuan beberapa “bukti” yang dianggap ada asas untuk menyakini parti itu semakin membahayakan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.