Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar
Penjelasan hakim jelas tunjuk kematian Adib ada elemen jenayah
SHAH ALAM– Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyatakan kesyukuran apabila keadilan
berpihak kepada Muhammad Adib Mohd Kassim, setelah Mahkamah Koroner di
sini hari ini memutuskan kematian anggota bomba itu akibat perbuatan
jenayah.
Pengerusi
UMMAH, Aminuddin Yahaya berkata, penjelasan diberikan oleh hakim dengan
bukti begitu banyak menunjukkan bahawa Muhammad Adib sebenarnya dipukul
dan wujud elemen jenayah dalam kes itu.
“Akhirnya
kebenaran ditegakkan apabila keputusan hari ini berpihak kepada
Allahyarham Muhammad Adib. Insya-Allah lepas ini UMMAH akan terus
mengikuti kes ini secara rapat apabila penjenayah-penjenayah itu
dilindungi oleh pihak pentadbiran.
“Hakim
juga menyatakan bahawa pihak polis negara dan Peguam Negara perlu
mengambil tindakan kerana ada elemen jenayah dalam kes ini.
“Justeru,
kita berharap mereka menerima arahan dari hakim tadi seterusnya mendakwa
penjenayah yang terbabit dalam kes ini,” katanya kepada pemberita di
luar Kompleks Mahkamah Shah Alam, di sini.
Selain
itu, Aminuddin yang juga Presiden gerakan Islam utama, Ikatan Muslimin
Malaysia (Isma) mengucapkan terima kasih kepada barisan peguam Muhammad
Adib, terutamanya Shazlin Mansor serta rakan-rakan beliau kerana berjaya
memberikan hujah yang baik dan konkrit sepanjang prosiding inkues
berjalan.
“UMMAH
akan terus memberi sokongan jika ada apa-apa lagi tindakan atau appeal
yang dibuat oleh pihak pendakwa selepas ini,” katanya.
Terdahulu,
Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib yang parah dalam
rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Mahamariamman USJ 25, Subang
Jaya dekat aini pada 27 November lepas adalah akibat perbuatan jenayah
oleh lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.
Koroner
Rofiah Mohamad yang mendengar prosiding inkues selama 41 hari bagi
menentukan punca kematian Muhammad Adib berkata, mahkamah menerima
keterangan saksi ke-29, Pakar Patologi Forensik United Kingdom, Prof Dr
Shahrom Abd Wahid bahawa mangsa dihentak dan diseret keluar dari van
bomba pada masa kejadian.
Beliau
merumuskan kecederaan disebabkan oleh objek tumpul pada dada (blunt
chest trauma) yang dialami arwah bukan perbuatan sendiri, tetapi impak
perbuatan jenayah oleh lebih daripada dua individu yang berada di tempat
kejadian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.