SEPANG: Pemenang Pertandingan
Robotik Dunia, Danish Irfan Muslim dan bapanya, Muslim Tamsir
mengharungi cabaran ketiadaan dana sehingga membawa makanan sendiri dari
Malaysia ke kejohanan yang berlangsung di New Delhi, India.
Kata Muslim, cabaran itu meningkatkan motivasi diri sebelum memutuskan untuk bersama anaknya bertanding di luar negara.
"Cabaran itu memang ada tetapi niat saya untuk anak saya, saya hendak dia keluar bertanding di luar selepas sudah menang di Malaysia.
"Saya hendak dia mencabar diri, meningkatkan lagi motivasi diri. Cabaran lain terlampau banyak, dari segi duit, di sana makan, masalah juga sebab semua saya bawa dari sini.

Danish, murid tahun enam di SK Tun Hussein Onn di Kuala Lumpur
memenangi pertandingan itu dengan mempamerkan kehebatannya menghasilkan
roket air.
Dalam pada itu, Danish mengakui menerima saingan terutama daripada peserta yang jauh lebih tua daripadanya.
"Perasaan saya memenangi pertandingan ini, gembira, seronok dapat kibarkan jalur gemilang atas pentas dunia. Saya dapat mengharumkan nama negara di peringkat tinggi pada usia sebegini.
"Memang sangat memberi cabaran kerana saya bertanding bersama dari pelajar kolej dari universiti, memang beri banyak saingan," ujarnya.
Pertandingan itu berlangsung dari 23 hingga 25 September di Stadium Thyagaraj, New Delhi.
Danish merupakan pemenang kejohanan roket air Malaysia pada 2018 dan 2019 selain muncul sebagai peserta termuda dan berjaya menewaskan 30 pasukan lain yang terdiri daripada penuntut universiti, kolej serta sekolah menengah bagi cabaran menghasilkan roket air.
Pasukan bapa dan anak itu menyertai kejohanan berkenaan tanpa sebarang penajaan korporat atau bantuan kewangan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.