Pereka fesyen dialu-alukan sumbang idea hasil pakaian untuk atlet
BANGI– Kerajaan Negeri Terengganu bersedia menarik diri daripada menyertai
sukan tertentu sekiranya berdepan halangan dalam etika berpakaian yang
bercanggah dengan garis panduan ditetapkan.
Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, terdapat beberapa sukan yang
tidak boleh dikompromi misalnya gimnastik dan gimrama untuk wanita.
“Jadi kita
terpaksa tarik diri. Namun bagi kategori lelaki untuk sukan sama, kita
tidak ada masalah. Bagi atlet bukan Islam yang mewakili negeri pula akan
ada peraturan tertentu disediakan nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Bengkel Garis Panduan Sukan Menurut Islam 2019 di sini hari ini.
Pun begitu,
Wan Sukairi berkata, pihaknya tidak mahu mengambil pendekatan
terburu-buru kerana konsep patuh syariah itu perlu dilihat dalam konteks
yang luas dan bukan hanya terhad kepada etika berpakaian, sebaliknya
merangkumi soal pergaulan di samping perkara-perkara teknikal dalam
bidang sukan.
“Pengenalan
pemakaian patuh syariah terhadap atlet beragama Islam yang mewakili
negeri ini hanya akan dilaksanakan selepas kerajaan negeri menyediakan
jalan penyelesaian terbaik terhadap seluruh aspek sukan dan lain-lain
perkara.
“Kerajaan
negeri sedang bergerak ke arah itu dengan ketika ini satu Garis Panduan
Sukan Menurut Islam sudah dihasilkan Mufti Terengganu, Datuk Dr Zulkifly
Muda,” katanya.
Pada masa
sama sama, Wan Sukairi seperti dilapor Utusan Online mengalu-alukan
mana-mana pereka fesyen tanah air yang mahu menyumbangkan idea untuk
menghasilkan pakaian patuh syariah yang sesuai untuk atlet negeri ini
dengan mengambil kira keperluan yang ditetapkan bagi jenis-jenis sukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.