Selasa, 24 September 2019

Tanjung Piai milik Bersatu – Guan Eng

Mohammad Arif Nizam

MGF24092019_LIM-GUAN-ENG-INSIGHT-201904
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bercakap pada sidang media selepas hadir pada Persidangan Perisikan Pasaran Pelancongan Kesihatan Tahunan Terkemuka (INSIGHT 2019) di Hotel Four Seasons, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM,
 

KUALA LUMPUR – Kerusi Parlimen Tanjung Piai di Johor adalah kekal milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti komponen Pakatan Harapan (PH) akan bersatu untuk mempertahankan kerusi tersebut.

“Tanjung Piai adalah Bersatu, bukan DAP. Jadi mari kita bersatu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perisikan Pasaran Pelancongan Kesihatan (insigHT 2019) di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan diminta mengulas keyakinan PH untuk mempertahan kerusi Tanjung Piai dan parti komponen PH yang mana layak bertanding di sana.

Sabtu lalu, Ahli Parlimen Tanjung Piai dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Farid Md. Rafik, 43, meninggal dunia akibat sakit jantung di Hospital Pontian, Johor pada pukul 6 pagi.

Allahyarham bertanding atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dan menewaskan penyandang Datuk Wee Jeck Seng daripada MCA dengan majoriti tipis 524 undi.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan PRK Parlimen Tanjung Piai pada 1 Oktober ini. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.