Malah kerajaan digesa mencari jalan lain untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, rakyat akan menghukum Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang jika kerajaan sekarang menjual aset Khazanah Nasional Bhd. untuk membayar hutang negara.
“Pakatan Harapan mengkritik bekas Perdana Menteri Najib dan Barisan Nasional kerana menyebabkan negara memikul beban hutang yang besar akibat rasuah dan salahurus negara.
“Najib dan BN telah dihukum oleh rakyat kerana itu di dalam Pilihanraya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 yang lalu.
“Jika Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir sekarang menjual harta-harta Khazanah Nasional untuk membayar hutang sehingga negara kehilangan harta, percayalah rakyat yang melihat dan membuka mata akan menghukum PH dalam Pilihanraya Umum akan datang,” katanya dalam kenyataan.
Bekas Ketua PKR Johor itu juga mempersoalkan adakah anggota Kabinet yang diketuai perdana menteri kehabisan idea sehingga terpaksa mengambil jalan menjual harta negara.
“Jadi apa yang Kerajaan Persekutuan perlu buat sekarang untuk mengelakkan lebih banyak harta Khazanah daripada dijual?” katanya.
Berikutan itu, Hassan mencadangkan Perdana Menteri dan Kabinet membawa perkara tersebut ke Parlimen yang akan bersidang pada 7 Oktober ini.
Katanya, ini akan memberi peluang kepada Ahli-ahli Parlimen dari kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang memberikan idea dan buah fikiran untuk membantu kerajaan menangani isu pembayaran hutang negara yang melebihi RM1 trilion.
Hassan mendakwa peningkatan hutang negara itu angkara salah urus kewangan dan ekonomi serta rasuah dan salah guna kuasa kerajaan Barisan Nasional (BN).
Untuk sementara waktu, beliau meminta kerajaan menghentikan dahulu sebarang langkah untuk menjual lagi harta-harta Khazanah Nasional atau lain-lain syarikat milik kerajaan. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.