Guan Eng perlu letak jawatan demi selamatkan ekonomi negara
BANGI
– “Sejak menguasai kerajaan, Pakatan Harapan (PH)-DAP hanya pandai
lelong aset-aset utama negara,” kata Menteri Besar Perlis, Datuk Seri
Azlan Man.
Beliau
berkata, malang sekali Malaysia Baru di bawah pentadbiran PH kerana jauh
lebih buruk prestasinya berbanding Barisan Nasional (BN) yang dituduh
sebagai rejim kleptokrasi.
“Apa yang
rakyat saksikan di bawah Malaysia Baru ialah satu budaya baru. Ada tiga
komponen budaya baru yang dibawa PH sebaik-baik sahaja memegang kuasa;
menfitnah-fitnahkan BN untuk berkuasa; menyalahkan orang lain atas
kelemahan sendiri – bila buat keputusan salah terus letakkan kesalahan
pada UMNO dan BN; dan plagiarisma – jenama semula inisiatif Kerajaan BN.
“Bahkan,
akhir-akhir ini kerajaan PH perkenalkan satu lagi budaya baru untuk
rakyat Malaysia, iaitu melelong aset negara,” katanya dalam satu
kenyataan.
Beliau berkata, siri lelongan aset negara ini dimulakan dengan penjualan IHH Healthcare Bhd (IHH) kepada Mitsui dari Jepun.
Bahkan,
katanya jika hendak disenaraikan, memang banyak aset penting negara yang
telah dijual oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang digelarnya
sebagai ‘Raja Lelong’.
“Ases
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Sime Darby dan Telekom dah
dilelong. Dengar desas-desus PETRONAS akan dijual juga. Raja Lelong LGE
juga sedang mengintai aset-aset Permodalan Nasional Berhad (PNB).
“Terbaru,
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pula akan dijual kepada orang
asing. MAHB akan berpindah milik kepada pemilik lapangan terbang
Gatwick. Kenapa MAHB mahu dijual? Bukankah MAHB aset negara yang
strategik dan menguntungkan?
“Apa muslihat sebenar Raja Lelong LGE nak jual MAHB dan aset-aset strategik lain milik negara yang menguntungkan?,” soalnya.
Terbaharu,
Khazanah Nasional Berhad mengumumkan akan menjual Pusat Perubatan Prince
Court (PCMC) di Kuala Lumpur pada nilai RM1.02 bilion secara tunai.
Jualan itu berlaku selepas setahun Khazanah membeli hospital berkenaan daripada Petronas.
Khazanah
berkata, Pulau Memutik Ventures Sdn Bhd mencapai persetujuan pembelian
saham dengan Pantai Holdings Sdn Bhd untuk melupuskan 100 peratus
kepentingan terhadap hospital itu.
Pantai Holdings Sdn Bhd dimiliki sepenuhnya oleh IHH Healthcare Berhad.
Menempelak
tindakan itu, Azlan Man berkata, apa yang dilakukan Guan Eng mesti
ditentang kerana tindakan Setiausaha Agung DAP itu merugikan rakyat dan
negara.
“Tindakan LGE mesti dihentikan. LGE mesti dipaksa letak jawatan segera untuk selamatkan ekonomi dan negara Malaysia.
“Rakyat
wajib bangun dan tuntut Guan Eng untuk letak jawatan segera! Rakyat
wajib tuntut PRU-15 diadakan segera untuk selamatkan ekonomi dan negara
Malaysia dari perompak kelas pertama ini. Ayuh rakyat bangun dan tuntut
PRU-15 diadakan segera,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.