Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan mengumumkan pelan penggantian
tidak lama lagi berikutan peletakan jawatan Naib Presiden Eksekutif dan
Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Huluan Datuk Mohd Anuar Taib.
Pengerusi Datuk Ahmad Nizam Salleh hari ini turut mengesahkan Mohd Anuar akan meninggalkan syarikat minyak nasional itu minggu ini.
“Petronas mempunyai dasar pengekalan yang kuat, tetapi kami menghormati pilihan peribadi. Datuk Mohd Anuar telah memaklumkan kepada kami bahawa beliau mempunyai keutamaan peribadi (untuk meninggalkan Petronas), saya menghormati itu.
“Kami mempunyai pelan penggantian yang kukuh, dan langkah (peletakan jawatan Mohd Anuar) tidak memberi apa-apa impak kepada pelan perniagaan kami pada masa depan,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman prestasi kewangan separuh tahun Petronas berakhir 30 Jun, 2019, di Kuala Lumpur hari ini.
Laporan
berita mengenai peletakan jawatan Mohd Anuar mula timbul pada Jun tahun
ini, bagaimanapun, syarikat minyak nasional itu menafikannya.
Dilaporkan Mohd Anuar akan meninggalkan Petronas atas sebab peribadi.
Mohd Anuar, 51, membina kerjayanya dalam industri itu di syarikat minyak antarabangsa Shell dan menjadi Naib Presiden bagi Upstream International Asia dan Pengerusi Shell Malaysia sebelum menyertai Petronas pada 2012.- Bernama
Pengerusi Datuk Ahmad Nizam Salleh hari ini turut mengesahkan Mohd Anuar akan meninggalkan syarikat minyak nasional itu minggu ini.
“Petronas mempunyai dasar pengekalan yang kuat, tetapi kami menghormati pilihan peribadi. Datuk Mohd Anuar telah memaklumkan kepada kami bahawa beliau mempunyai keutamaan peribadi (untuk meninggalkan Petronas), saya menghormati itu.
“Kami mempunyai pelan penggantian yang kukuh, dan langkah (peletakan jawatan Mohd Anuar) tidak memberi apa-apa impak kepada pelan perniagaan kami pada masa depan,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman prestasi kewangan separuh tahun Petronas berakhir 30 Jun, 2019, di Kuala Lumpur hari ini.
Dilaporkan Mohd Anuar akan meninggalkan Petronas atas sebab peribadi.
Mohd Anuar, 51, membina kerjayanya dalam industri itu di syarikat minyak antarabangsa Shell dan menjadi Naib Presiden bagi Upstream International Asia dan Pengerusi Shell Malaysia sebelum menyertai Petronas pada 2012.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.