Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan melontarkan cadangan
supaya tiada lagi jawatan ketua pembangkang di negeri-negeri yang
dikuasai partinya dan PAS.
"Apa yang perlu dibuat,
salah satu saya cadangkan supaya kita tiada lagi ketua pembangkang.
Kita tak bercakap lagi soal jawatan (lain)," katanya.
"Kalau kita dah muafakat, tak ada lagilah pembangkang. Setakat itu dulu cadangan saya," katanya kepada media ketika menghadiri Ceramah Perdana Hijratul Rasul dan Penyatuan Ummah di Pasir Mas, Kelantan, semalam.
Hadir sama pada program tersebut Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, dan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob.
Sementara itu ketika ditanya sejauh mana muafakat yang terjalin itu akan mewujudkan kerajaan bersama antara Umno dan PAS dalam pentadbiran peringkat negeri, Mohamad menegaskan muafakat itu baru di peringkat (pembukaan seperti surah) 'al-Fatihah'.
"Kini baru peringkat kita tandatangi piagam, esok-esok kita akan melihat cara yang lebih mantap, apa selepas piagam," jelasnya.
Tambah beliau, cadangan itu dilihat akan memudahkan urusan wakil rakyat antara kedua-dua parti.
"Sama ada wakil rakyat BN di Kelantan atau wakil rakyat PAS di Pahang, mereka akan jadi wakil rakyat perpaduan ummah.
"Mereka dapat menjalankan tugas dan jaga hal ehwal rakyat sama seperti rakan-rakan yang lain," katanya.
PH tidak mempunyai Adun di Terengaanu, manakala bekas menteri Mustapa Mohamed yang menyertai Bersatu pada penghujung Oktober tahun lepas menjadi Adun tunggal PH di Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Bagaimanapun, Mohamad tidak menjelaskan lanjut cadangannya mengenai negeri Perlis dan Pahang yang dikuasai BN tetapi masih mempunyai Adun pembangkang dari PH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.