Sarawak diisytihar darurat pada 1997 kerana bacaan IPU lebih 650
KUALA LUMPUR
– Masalah jerebu yang melanda Malaysia dan beberapa negara Asia
Tenggara ketika ini sehingga menjejaskan kehidupan harian serta aktiviti
pembelajaran bukanlah sesuatu yang baru.
Malah,
jerebu pada 1997 menyebabkan Malaysia mengisytiharkan darurat, manakala
jerebu yang melanda pada 2015 pula dikatakan yang terburuk dalam sejarah
negara.
Berikut adalah sebahagian kronologi kejadian jerebu yang dilaporkan berlaku di Malaysia :
1960 –
Kali pertama jerebu dilapor berlaku disebabkan faktor tempatan seperti
pembakaran terbuka, pembakaran bahan api dari industri perkilangan dan
kenderaan.
1983 –
Jerebu berlaku disebabkan fenomena El Nino dan pembakaran hutan di
Kalimantan. Kualiti udara yang buruk juga menyebabkan beberapa
penerbangan terpaksa dibatalkan.
1997 –
Jerebu teruk dilaporkan berlaku apabila hampir seluruh negara diselaputi
asap tebal selama hampir enam bulan, malah bacaan Indeks Pencemaran
Udara (IPU) di sesetengah kawasan melewati paras bahaya.
19
September 1997: Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri (kini Tun) Dr
Mahathir Mohamad mengisytiharkan darurat jerebu di Sarawak apabila
bacaan IPU melebihi 650 iaitu paras ‘berbahaya’ paling tinggi dalam
sejarah. Ia merupakan perisytiharan darurat jerebu alam sekitar pertama
dalam sejarah negara.
Operasi
Haze dilaksanakan oleh pasukan bomba Malaysia bagi membantu pihak
berkuasa Indonesia memadamkan kebakaran hutan dan kawasan perladangan di
Sumatera dan Kalimantan.
ASEAN
turut mengambil tindakan proaktif dengan meluluskan pembentukan sistem
amaran awal dalam Pelan Tindakan Jerebu Serantau (Regional Haze Action
Plan) pada 1998.
2014 –
Bagi menangani masalah pembakaran terbuka yang menyumbang kepada jerebu
dan kritikan daripada negara-negara jiran, Indonesia mengesahkan
Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan pada 2014
dan merupakan negara ASEAN yang terakhir yang berbuat demikian.
Singapura
pula meluluskan undang-undang yang membolehkan negara itu mendakwa
individu dan syarikat yang menyumbang kepada jerebu.
2015 –
Jerebu yang melanda negara disifatkan sebagai yang terburuk dalam
sejarah sehinggakan banyak sekolah terpaksa ditutup, selain penerbangan
dan beberapa acara luar peringkat kebangsaan dibatalkan.
– 4
September 2015: Lembaga Pengurusan Bencana Nasional Indonesia
mengisytiharkan darurat akibat jerebu di Riau, Jambi, Sumatera Selatan,
Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan.
Penutupan
sekolah akibat jerebu telah dilaksanakan di Indonesia, Malaysia dan
Singapura dengan hampir empat juta pelajar di Malaysia dilaporkan
terjejas.
Beberapa acara antarabangsa turut terjejas, misalnya Piala Dunia Renang FINA 2015 di Singapura dan Marathon Kuala Lumpur
Selain itu, sebuah pesawat Bombardier CL415MP dan helikopter AS 365 N3 dauphin milik Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dihantar ke Sumatera Selatan bagi membantu operasi memadam kebakaran.
Pesawat
itu melakukan 21 jam penerbangan dengan melepaskan 546,000 liter air di
kawasan kebakaran seluas 60 batu nautika persegi di Sumatera Selatan,
Indonesia dalam tempoh lima hari penugasan.
September
2019: Seperti tahun-tahun sebelumnya, jerebu kembali sekali lagi tahun
ini yang berpunca daripada kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan. –
Pada
Jumaat, sebanyak 2,649 sekolah di Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur,
Pulau Pinang dan Sarawak ditutup akibat jerebu sementara bilangan kes
penyakit asma dan konjuntivitis didapati semakin meningkat berdasarkan
pemantauan daripada 31 klinik sentinel jerebu.
Jabatan
Alam Sekitar turut melakukan operasi pembenihan awam Selangor, Negeri
Sembilan, Melaka dan juga Sarawak, terutamanya di kawasan-kawasan
terjejas yang mempunyai bacaan IPU melebihi 150. – Perdana Menteri Tun
Dr Mahathir Mohamad juga mengumumkan bahawa Malaysia telah menawarkan
bantuan kepada Indonesia untuk menangani kebakaran hutan kerana ia
mempunyai peralatan pengeboman air yang boleh digunakan.
Kementerian
Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)
pula menyatakan ia menunggu ‘lampu hijau’ daripada Kabinet bagi mendraf
Akta Jerebu Rentas Sempadan.
Menterinya,
Yeo Bee Yin berkata akta ini adalah untuk mengambil tindakan terhadap
syarikat-syarikat Malaysia yang telah mengakibatkan jerebu di luar
negara, bukan sahaja di Indonesia.
Walaupun
jerebu semakin teruk di rantau ini, Singapura pula mengambil keputusan
meneruskan Perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) 2019 di litar
jalanan Marina Bay Street hari ini.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.