Apabila kerajaan sudah mula menjual asetnya untuk membayar
hutang ia akan memberi gambaran bahawa negara dalam keadaan terdesak
maka harga yang ditawarkan pembeli dibimbangi akan jatuh, kata bekas
Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim
Katanya, keadaan itu seperti kerajaan sudah mula sampai ke tahap menjual kain bajunya.
Terdahulu, Khalid yang
juga panelis forum anjuran Puteri Umno Malaysia itu diminta mengulas
mengenai tindakan kerajaan menjual aset Khazanah yang dibidas oleh
pemimpin pembangkang termasuk bekas perdana menteri Najib Razak sebagai
merugikan negara.
“Kita tidak boleh tunjukkan kita ghairah sangat hendak jual harta benda, sebabnya kita tidak cukup duit, maknanya orang sudah tahu, kalau orang nak beli sejuta, dia akan tawar hingga RM500,000,” jelasnya.
Menurutnya, tindakan kerajaan menjual aset negara merugikan Malaysia dalam dua perkara.
“Ini, kerajaan tidak ada duit, tapi hendak buat pembangunan, dan bagaimana caranya hendak jaga harta supaya jangan dijual pada harga yang tidak sesuai,” katanya lagi.
Pada majlis itu, turut menjadi panelis ialah Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan bekas Menteri Kewangan Abdul Johari Ghani.
Untuk rekod, Najib mengkritik langkah kerajaan berhubung pelupusan aset oleh Khazanah baru-baru ini termasuk menjual Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara.
Khazanah mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM6.3 bilion pada 2018 yang kebanyakannya disebabkan kos melibatkan Malaysia Airlines Bhd (MAS).
Pada awal tahun ini, lembaga Khazanah telah memberi mandat baru kepada syarikat penerbangan negara itu untuk menyusun semula dan memperoleh lebih banyak tunai kepada kerajaan dengan melupuskan aset bukan strategik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.