Kuching catat bacaan IPU 219, sangat tak sihat
KUCHING– Sebanyak 298 sekolah di lapan daerah di Sarawak di tutup, hari ini,
akibat jerebu dengan Sri Aman merekodkan kualiti udara tahap bahaya.
Jabatan Pendidikan Negeri dalam kenyataan
berkata, ia membabitkan 53 sekolah menengah dan 245 sekolah rendah di
Betong, Bau, Kuching, Lubok Antu, Padawan, Samarahan, Sri Aman dan
Lundu.
Seramai 128,291 pelajar terjejas akibat penutupan sekolah hari ini, menurut kenyataan berkenaan.
Kualiti udara di Sri Aman mencapai tahap
bahaya secara mendadak dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 352
pada 6 pagi dan meningkat kepada 365 dua jam kemudian berbanding 214
yang direkodkan pada 12 tengah malam, semalam.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan
Bencana Sarawak, Mejar Ismail Mahedin dari Angkatan Pertahanan Awam
Malaysia (APM) negeri berkata, setakat 8 pagi, Kuching mencatatkan
bacaan IPU sangat tidak sihat iaitu 219, berbanding 215, dua jam
sebelumnya.
Katanya lapan daerah kekal mencatatkan
bacaan IPU tidak Sihat iaitu Samarahan (160), Sarikei (148), Sibu (166),
Bintulu (129), Mukah (140), Samalaju (113), ILP Miri (107) dan Miri
(126). -Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.