Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) Ahmad Said Hamdan meninggal dunia di rumah anaknya di
Rawang, malam tadi.
"Sebelum ini, allahyarham dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) beberapa kali akibat komplikasi jantung dan strok sejak enam bulan lalu.
"Minggu lalu, doktor di IJN memberi kebenaran kepada allahyarham untuk pulang ke rumah, iaitu rumah anaknya di Rawang.
Ahmad Said memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dari 14 Mei 2007 hingga 31 Dis 2009 sebelum digantikan dengan Abu Kassim Mohamed.
Sementara itu, SPRM tengah hari tadi mengucapkan takziah kepada keluarga Ahmad Said, 67, yang meninggal dunia pada 11.10 malam tadi.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata allahyarham yang menyandang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM dari 14 Mei 2007 hingga 31 Dis 2009, meninggal dunia akibat sakit jantung.
"Seluruh warga SPRM mendoakan agar roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ahmad Said yang berasal dari Balik Pulau, Pulau Pinang merupakan lulusan Universiti Sains Malaysia dalam bidang sastera dan seterusnys menerima ijazah sarjana dalam bidang kriminologi di Indiana State University, Amerika Syarikat.
Di bawah kepimpinan Ahmad Said, Badan Pencegah Rasuah digantikan dengan SPRM dan Allahyarham menjadi ketua SPRM yang pertama.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.