Isnin, 26 Ogos 2019

Zaid: Syed Saddiq terperangkap di zaman silam

MALAYSIAKINI

   
Bekas menteri Zaid Ibrahim menyifatkan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai anak muda yang terpesona dengan gaya politik lama yang tidak boleh mempersoal pihak berkuasa.

“Pemimpin yang fikir mereka tahu segala-galanya ini milik zaman silam. Syed Sadiq, malangnya, peminat masa silam.

“Malaysia memerlukan pemimpin yang sabar, yang tidak fikir penglibatan dengan pelbagai kumpulan berbeza membazir masa,” katanya kepada Malaysiakini.

Zaid mengulas tindakan Syed Saddiq menggelar kumpulan yang mengugut tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana membantah pembelajaran Jawi sebagai "bodoh sombong".

Anggota parlimen Muar dilaporkan berkata pembelajaran Jawi kini sudah bersifat pilihan, hanya tiga halaman serta tidak dinilai dalam peperiksaan.
Syed Saddiq 
Terdahulu kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Pasukan Bertindak Seni Khat (Sekat) yang menuntut dialog dengan kerajaan dan mengugut berhenti menghantar anak masing-masing ke sekolah sebagai tanda protes.

Di Twitter sebelum itu, Zaid menyindir Syed Saddiq yang terlibat dalam pelbagai isu.

“Syed Saddiq bukan dalam pendidikan, tetapi dia Jawi man.

“Dia bukan dalam pengangkutan, tapi suara Gojek.

“Dia bukan dalam hal ehwal agama tetapi pembela Zakir Naik. Jika ini bukan bodoh sombong, saya tak tahulah nak panggil apa,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.