Gesaan ultra kiasu bantah tulisan khat kurang ajar: Ridhuan Tee
BANGI
– “Merosakkan fabrik kepala ‘bapak’ kau? Kamu sudah menjadi
secina-cinanya, malah lebih Cina daripada Cina di negara China, mahu apa
lagi. Berbaris minta jadi warganegara tetapi Bahasa Melayu
tunggang-langgang? Layakkah kamu tinggal di sini.”
Demikian bidas pendakwah bebas, Prof Dr
Ridhuan Tee Abdullah mengenai gesaan DAP termasuk Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) kepada anggota Kabinet parti itu supaya membantah
rancangan memperkenalkan tulisan ‘khat’ atau seni kaligrafi dalam
kurikulum tahun 4 Bahasa Malaysia untuk sekolah vernakular.
Terdahulu, seramai 138 pemimpin akar umbi
DAP, termasuk 13 Adun membuat gesaan itu berikutan murid sekolah
vernakular sudah mempelajari ‘tiga bahasa dan tiga sistem penulisan’.
Kumpulan itu mendakwa, pengenalan tulisan ‘khat’ adalah usaha untuk ‘melembagakan’ dan mempolitikkan tulisan Jawi.
“Kami bukan tak setuju bahawa ‘khat’
mempunyai nilai artistik, tetapi orang ramai harus digalakkan untuk
menghargainya sendiri dan bukan dibuat dasar.
“Mereka yang mempunyai agenda mungkin
merebut peluang untuk memperkenalkan Jawi di semua peringkat. Jika Jawi
diinstitusikan, ia akan merosakkan fabrik sosial di Malaysia,” katanya.
Difahamkan, gesaan itu timbul selepas
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching baru-baru ini memaklumkan
bahawa, penggunaan tulisan Jawi dalam buku teks sekolah akan terus
digunakan sehingga tahun 2020.
Beliau menjelaskan tulisan Jawi atau seni khat dalam buku teks sudah digunakan sejak tahun 2016.
Menyifatkan gesaan pemimpin DAP itu
sebagai agresif, Ridhuan Tee berkata, proses ‘pencinaan’ sedang berlaku
secara besar-besaran untuk menenggelamkan sebarang identiti Melayu dan
Islam selaku penduduk asal negara ini.
Beliau mengingatkan ultra kiasu yang juga
‘pendatang’ supaya sedar diri sekiranya mahu meneruskan proses
‘pencinaan’ di negara ini.
“Kerajaan sudah terlalu baik, memberikan
kebebasan pendidikan dengan wujud sekolah vernakular secina-cinanya
sehingga orang daripada negara Komunis China menggeleng kepala melihat
proses ‘pencinaan’ yang sangat keterlaluan, mereka yang Cina di China
pun tidak dapat ‘pencinaan’ seperti ini.
“Bandar Sekinchan seolah-olah berada di
negara China. Saya tidak tahu, apa kerja PBT (pihak berkuasa tempatan)
dalam memantau perkara ini? PBT di sana goyang telurkah?
“Seultra-ultra mendiang Lee Kuan Yew,
mendiang masih boleh membaca jawi dengan baik. Bukankah itu satu kredit.
Peliknya ultra kiasu ini lebih ultra daripada mendiang Lee Kuan Yew.
Dalam kata lain, ultra kiasu yang ada di negara ini sangat bahaya.
Pemikiran mereka lebih Komunis daripada Komunis,” kata beliau.
Pada masa sama, Ridhuan Tee meminta
kerajaan menghidupkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk
mengajar ultra kiasu ini daripada menjadi kurang ajar.
“Apa-apa yang boleh mencetuskan
keharmonian negara ini sehingga mereka hilang rasa hormat kepada
penduduk dan peribumi, humban terus mereka ini ke penjara,” tegas
beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.