Kenyataan Yen Yin cetus pertelagahan, nama buruk pada tentera
BANGI– Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap ahli perniagaan, Koon Yew Yin
yang menghina Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Pertubuhan Pahlawan
Patriotik Rakyat Malaysia (Pahlawan Patriotik) Negeri Sembilan.
Setiausahanya,
Badrullhissam Ismail berkata, walaupun Yew Yin telah membuat kenyataan
maaf, laporan polis tetap diteruskan atas prinsip undang-undang kerana
tidak mahu perkara itu berulang.
“Kami tidak
mengusik urusan hariannya, tetapi dia sewenang-wenangnya mengeluarkan
kenyataan berbaur hasutan, kebencian terhadap pasukan tentera.
“Rakyat
Malaysia aman damai, namun disebabkan penulisannya yang berlebih-lebihan
telah mencetuskan pertelagahan, nama buruk tentera, dan mengancam
keselamatan negara,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai
Polis Seri Menanti, hari ini.
Selain itu,
Badrulhisham seperti dilapor Sinar Harian menggesa polis dan Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat tanpa prejudis dan
segera bertindak segera terhadap penulis hasutan kebencian berkenaan.
“Kesalahan
itu boleh dikenakan menerusi Seksyen 233A Akta Komunikasi dan
Multimedia, Seksyen 499/500/505 Kanun Keseksaan dan Panel Kod Seksyen
121 iaitu melancarkan atau cuba melancarkan perang atau bersubahat
dengan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang
Dipertua Negeri,” katanya.
Pada 12 Ogos
lalu, Yew Yin melalui satu tulisan dalam blognya bertajuk `Cadangan
saya untuk mengurangkan dan meningkatkan perkhidmatan awam kita’ antara
lain menyifatkan anggota tentera di negara hanya makan dan tidur.
Malah,
melalui tulisan itu juga, beliau mendakwa anggota tentera terbabit tidak
pernah menembak dan mencadangkan supaya anggota tentera dihantar
bertugas di ladang FELDA, hingga mengundang kritikan pelbagai pihak.
Bagaimanapun, dua hari kemudian, beliau dilaporkan meminta
maaf, dengan menyifatkan caranya ketika mengemukakan cadangan mengenai
pengurangan kakitangan awam terutama anggota tentera tidak disukai oleh
sesetengah pihak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.