KUALA LUMPUR – Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki mempersoalkan mengapa Timbalan Speaker Dewan Rakyat berbangga kerana melawat pameran hero-hero perang Perang Dunia Kedua semasa penjajahan Jepun pada tahun 1939.
Ini kerana, kata Ketua Pemuda UMNO itu, pameran tersebut adalah mengenai penjajahan China oleh Jepun.
Sedangkan Jepun menjajah Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 hingga Ogos 1945.
Lantaran itu, kata Asyraf ‘defended our country’ (mempertahankan negara kita) yang dimaksudkan Nga Kor Ming menerusi Facebook itu adalah China bukan Tanah Melayu.
“Jadi apa tujuan memperbesarkan sejarah China yang dijajah Jepun? YB sudah menjadi warganegara Malaysia, buat apa lagi diperbesarkan semangat nasionalisme China?,” soal Asyraf.
Beliau membuat kenyataan tersebut susulan perkongsian Nga Kor Ming tentang kehadirannya melawat pameran itu di Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.