Portal FMT melaporkan, Koroner Rofiah Mohamad berkata, keluarga itu telah membuktikan kes prima facie terhadap Thomas.
“Sama ada ia campur tangan atau meletakkan mahkamah dalam situasi menghina, ia berada di bawah kesalahan menghina mahkamah.
“Jadi ia adalah adil bagi Peguam Negara menjelaskan dirinya,” katanya.
Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 23 September.
Keluarga Adib merujuk Thomas menghina mahkamah, mendakwa peguam negara itu campur tangan dalam inkues anggota bomba itu.
Mereka juga mendakwa Thomas cuba menghalang peguam Syazlin Mansor daripada menjalankan tugasnya sebagai peguam.
Syazlin yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menarik diri daripada mewakili kementerian itu tetapi tetap mewakili keluarga Adib.
Peguam Haniff Khatri Abdulla mewakili keluarga Adib manakala Peguam Kanan Persekutuan S Narkunavathy mewakili peguam negara.
Rofiah akan memberikan keputusan mahkamah atas kematian Adib pada 27 September.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.