Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Anak Melayu rata-rata tidak sensitif dengan isu-isu kenegaraan
TANGGAL
16 Julai 2019, sejarah negara tercipta apabila barisan Ahli Parlimen
kerajaan dan blok pembangkang memberi sokongan majoriti lebih dua
pertiga undi di Dewan Rakyat bagi meluluskan Rang Undang-undang
(Pindaan) 2019.
Ia
bertujuan meminda Perenggan (a) Fasal 1 Perkara 119 Perlembagaan
Persekutuan untuk menurunkan umur warganegara yang layak mengundi
daripada 21 kepada 18 tahun.
Termasuk
juga menurunkan umur warganegara yang layak untuk menjadi ahli Dewan
Rakyat daripada 21 kepada 18 tahun, meminda Perenggan (b) Perkara 47
Perlembagaan Persekutuan.
Langkah
ini amat baik kerana membabitkan anak muda dalam menentukan hala tuju
negara. Persoalannya, sudahkah kita – anak orang Islam Melayu, khususnya
bersedia? Pernahkah kajian dilakukan? Siapa untung, siapa rugi?
Saya
berkesempatan bertanya kepada pelajar Melayu program diploma kelas
pengajian Malaysia – anggaran 90 orang yang rata-rata berusia 18 tahun –
akan kesediaan mereka mengundi dan menjadi wakil rakyat ketika umur
sebegini. Majoriti jawab, tidak bersedia. Hanya beberapa orang sahaja
bersetuju.
Rata-rata
pelajar tidak mengambil tahu isu-isu kenegaraan dan isu-isu semasa
politik yang berlaku. Jangan ditanya mengenai fungsi Parlimen atau
perkara berkaitan pentadbiran kerajaan. Letih juga memahamkan mereka.
Mereka tidak ada ilmu soal itu, meskipun belajar serba sedikit ketika di
sekolah.
Pendek
kata, rata-rata mereka tidak mengambil berat soal politik. Anak-anak
Melayu lebih terdedah kepada perkara yang tidak berkaitan dengan
kenegaraan. Tidak serius. ‘Happy go lucky’. Bukan generalisasi, tetapi
sekadar pemerhatian.
Sebagai
pensyarah yang mendalami bidang sejarah, politik, kenegaraan, pengajian
Malaysia, pertahanan dan keselamatan, sudan tentu perkara ini amat
menyedihkan. Jangkaan selama ini benar – anak Melayu tidak sensitif
dengan isu-isu kenegaraan.
Pendek kata, kesedaran berpolitik amat kurang, berbanding dengan anak Cina.
Saya tidak
pernah risau dengan anak Cina kerana mereka tahu siapa yang perlu
diundi atau dalam kata lain, anak Cina tidak berbelah-bahagi dalam
menentukan siapa pemimpin masa depan.
Kesedaran
dalam kalangan ibu bapa mereka amat tinggi dalam menurunkan hidup
bernegara. Sosialisasi politik begitu jelas. Cuma saya risau anak Melayu
kita.
Sama
seperti sistem persekolahan hari ini, apabila pendidikan hari ini tidak
lagi berorientasikan peperiksaan, akademik dan kokurikulum menjadi
seimbang, lihat apa berlaku kepada anak Melayu.
Seperti
biasa, anak Melayu, sebelum ini tidak main, dapat main, dia main dan
terus main. Apabila diberi peluang main, lagi dia main. Jika bermain,
dia akan terus main-main. Pendek kata, mereka suka main, main dan main.
Sehingga kehidupan jadi main-main.
Berbeza
dengan anak Cina dan sekolah Cina. Mereka sangat serius dengan
pendidikan. Saya tidak fikir sekolah Cina akan akur dengan arahan
Kementerian Pendidikan untuk menyeimbangkan antara akademik dan
kokurikulum. Penekanan mereka tetap akademik. Itulah budaya orang Cina.
Lihat
bukti apa yang berlaku dalam PPSMI yang pernah dilaksanakan suatu ketika
dahulu. Sekolah Cina tetap kekal kecinaan tanpa memperdulikan PPSMI
sepenuhnya.
Anak Cina
tidak akan berkurang sedikit pun waktu akademik mereka, tuisyen akan
diteruskan, kerja rumah melambak-lambak. Anak-anak akan disibuk dengan
aktiviti akademik. Sebab itu, jarang kita lihat anak Cina melepak, hisap
rokok tak tentu pasal, membawang dan sebagainya.
Jika tidak
percaya, pergilah buat kajian di sekolah Cina. Orang Cina sangat jelas
dalam soal pendidikan dan matlamat hidup. Mereka tahu syarat kemasukan
ke menara gading tetap melihat kepada kecemerlangan akademik atau
peperiksaan.
Kuat macam
mana kokurikulum, koko atau sukan, jika keputusan SPM C, D, E, saya
tidak fikir mereka layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih
tinggi atau mendapat tempat di institusi ternama.
Sebab itu,
saya lihat apa jua keputusan mengenai masa depan pendidikan, ia
hendaklah diperhalusi dengan teliti. Lihat kepada cara hidup, cara
berfikir dan budaya hidup sesuatu bangsa. Jika tidak, pasti orang Melayu
akan ketinggalan dan menjadi mangsa
Baru-baru
ini saya berkesempatan berceramah bersama guru, ibu bapa dan anak-anak
yang akan menghadapi UPSR di sebuah sekolah di Terengganu, yang
rata-ratanya Melayu.
Keluhan
guru-guru sekolah majoriti Melayu begitu ketara. Apabila akademik dan
kokurikulum diseimbangkan, murid sekolah Melayu memang kerjanya setiap
hari main. Lupa akademik bila dapat main. Tidak serius.
Berbanding
pelajar Cina, lihat betapa agresifnya mereka dalam sesi sindikasi atau
‘townhall’ mengenai UEC baru-baru ini anjuran Pasukan Petugas DasarUEC
Kementerian Pendidikan, pertemuan antara pelajar Melayu dengan Cina.
Amat jelas
sekali, pelajar Cina begitu agresif dan begitu jelas mempertahankan UEC
bermati-matian dengan hujah-hujah mereka, berbanding pelajar Melayu.
Pendek
kata, pelajar Cina, amat jelas dengan apa yang mahu dicapai berbanding
pelajar Melayu yang masih berbelah-bahagi, menyokong UEC dengan
bersyarat, sedangkan mereka tahu apa yang berlaku di sebalik UEC.
Saya bukan
memperlekeh pelajar Melayu, tetapi inilah realitinya. Semua perkara ini
menjadi kebimbangan saya apabila umur mengundi kepada rakyat Malaysia
diturunkan kepada 18 tahun.
Namun,
oleh kerana perkara ini telah dibentangkan dan mendapat sokongan dua
pertiga, sudah tentu akan dilaksanakan, maka tidak ada guna lagi untuk
bercakap soal tidak kepada undi 18. Hadapilah realiti PRU15 akan datang,
anak muda 18 ke atas akan bersama menentukan hala tuju negara.
Justeru, sekarang adalah masa untuk bertindak. Kesedaran politik, mengundi dan menentukan masa depan negara mesti diwujudkan.
Pertama,
ibu bapa mesti menyedarkan anak-anak akan kewajipan mengundi. Kesedaran
berpolitik mesti bermula daripada rumah. Anak-anak tidak boleh dibiarkan
lagi leka dengan telefon pintar, ‘games’ dan lain-lain sehingga alpa
dengan kehidupan bernegara.
Suasana di
rumah perlu ada suasana politik. Pastikan dinding-dinding ada gambar
berkaitan kesedaran berpolitik, termasuk gambar institusi Parlimen,
raja-raja Melayu dan isu survival bangsa.
Kedua, di
peringkat sekolah menengah, guru-guru hendaklah memainkan peranan bagi
mewujudkan kesedaran berpolitik dalam kalangan pelajar. Pastikan silibus
demokrasi berparliman dan raja berperlembagaan diberikan kefahaman yang
jelas, agar mereka tahu bagaimana negara ini diperintah.
Ketiga,
peranan parti politik, terutama Pemuda dan Puteri, mesti turun padang
mendekati anak muda. Sedarkan mereka akan kewajipan mengundi, masa depan
negara dan pembinaan negara bangsa.
Keempat,
peranan media. Media cetak, elektronik dan media sosial hendaklah
memperbanyakkan kempen mengenai kewajipan mengundi. Kurangkanlah program
hiburan yang menjadi kegilaan anak muda sehinga mereka menjadi leka.
Jika boleh, segala program hiburan, hendaklah diselitkan serba sedikit akan kewajipan rakyat terhadap negara. Pastikan pengacara mempunyai ilmu kenegaraan agar dapat membimbing anak muda.
Kelima,
NGO hendaklah digerakkan supaya turut sama aktif berkempen memberi
kesedaran kepada anak muda. Selain daripada menyertai NGO, mereka juga
hendaklah diberikan kesedaran menyertai parti politik yang menjadi
pilihan. Ingat, kita sudah layak menjadi wakil rakyat pada usia 18
tahun.
Kesimpulannya,
undi 18, adalah soal kesedaran kenegaraan dan kehidupan bernegara. Suka
atau tidak, kita mesti ambil tahu. Jangan lagi leka bermain sehingga
semua perkara dianggap main-main.
Jangan sampai bila sudah terhantuk
baru mengadah, menyesal. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.