Pada dekad-dekad yang lalu, pengundi muda dikatakan merupakan tunjang kebangkitan Pakatan Harapan (PH) sehingga gabungan itu berjaya menyingkirkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum lalu.
Oleh itu tidak mengejutkan apabila PH mengotakan janji untuk menurunkan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun sebagaimana yang terkandung dalam manifesto mereka.
Sama
ada pengundi muda akan kekal menyokong PH pada PRU akan datang masih
tidak dapat dipastikan, namun tinjauan pendapat yang dilakukan Merdeka
Center menunjukkan trend itu kini berubah.
Menurut
Merdeka Centre, sokongan terhadap gabungan itu berada pada kedudukan 41
peratus dalam dua bulan terakhir, yang mana lebih baik sedikit
berbanding 39 peratus pengundi yang berasa tidak berpuas hati kepada PH.
Menurut keputusan tinjauan yang dilihat Malaysiakini, lebih ramai pengundi dalam kumpulan umur 21-30 tahun, 31-40 tahun dan 41-50 tahun tidak gembira dengan PH.
Keadaan itu berbeza dengan pengundi dalam kumpulan usia 51-60 tahun dan 60 tahun ke atas yang berpuas hati dengan gabungan itu.
Dalam kumpulan pengundi berumur antara 21-30 tahun, sebanyak 42 peratus tidak gembira manakala 38 peratus menyatakan rasa puas hati.
Dalam kumpulan usia 31-40 tahun pula, sebanyak 43 peratus tidak berpuas hati manakala 38 peratus menyatakan sebaliknya.
Ketidaksamaan ini menyusut dalam kumpulan usia 41-50 tahun di mana 39 peratus tidak gembira berbanding 36 peratus yang menyatakan rasa puah hati mereka.
Manakala dalam kumpulan pengundi berusia 51-60 tahun pula, sebanyak 50 peratus menyatakan rasa puas hati berbanding 34 peratus yang tidak gembira dengan gabungan itu.
Bagi kumpulan berumur 60 dan ke atas, 52 peratus menyatakan gembira terhadap PH berbanding 28 peratus yang tidak berpuas hati.
Sebanyak 961 responden mengambil bahagian dalam tinjauan tersebut berusia 21 tahun ke atas yang layak pengundi di semenanjung Malaysia dari 28 Jun hingga 1 Julai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.