ISMA WEB
Pertubuhan sukarela basmi maksiat tiada kuasa ambil tindakan
KUALA LUMPUR
– Kumpulan Skuad Badar dinasihatkan agar tidak bertindak dalam apa jua
cara bertentangan dengan undang-undang negara, kerana mereka bukan badan
penguat kuasa agama yang sah.
Timbalan
Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, kumpulan itu tidak
mempunyai kuasa untuk menjalankan sebarang bentuk tindakan
penguatkuasaan.
“Perlu
ditegaskan bahawa mana-mana kumpulan yang tidak berdaftar dengan Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia adalah dikira pertubuhan haram dan akan
diambil tindakan sewajarnya ke atas mereka yang terbabit,” katanya
dalam kenyataan malam tadi.
Beliau
berkata demikian susulan kenyataan Presiden Skuad Badar, Ustaz Azhar
Mohamad, kelmarin yang menjelaskan skuad itu bakal diaktifkan semula dan
kegiatan mereka akan diperluaskan ke seluruh negara sebagai usaha
membanteras gejala maksiat dalam kalangan masyarakat Islam.
Memetik
laporan Bernama, Azhar dilaporkan berkata, gejala maksiat dalam kalangan
masyarakat Islam di negara ini semakin membimbangkan.
Januari
lalu, Ustaz Azhar ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan
berhubung pelanggaran Akta Pertubuhan dan Akta Rahsia Rasmi.
Beliau ditahan bersama seorang lagi ahli NGO, di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Muda selama empat hari.
Penahanan
kedua-dua mereka dipercayai susulan laporan yang dibuat Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) terhadapnya yang dikatakan menjalankan
aktiviti penguatkuasaan tanpa kebenaran jabatan itu.
Skuad itu juga difahamkan tidak pernah dilantik menjadi penguat kuasa agama yang sah.
Selain
itu, menurut laporan JHEAIK, skuad itu tidak pernah diberikan tauliah
ataupun dibenarkan memasuki premis tanpa kebenaran dan waran geledah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.