Tindakan tegas terhadap ahli, pemimpin disabit bersalah: Anwar
BANGI
– Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengulangi prinsip dan komitmen
menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk politik jijik, kata Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
Presiden parti itu berkata, pihaknya
mengambil maklum berhubung siasatan polis yang masih berjalan terhadap
kes penyebaran video seks sejenis yang mengaitkan timbalannya, Datuk
Seri Azmin Ali.
Beliau dalam satu kenyataan berkata, PKR
menerima baik kenyataan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador
semalam, bahawa Mohamed Azmin tidak terbabit dalam satu video yang
disebar baru-baru ini.
“Berkenaan dakwaan terdapat ahli atau
pemimpin parti politik yang terlibat dalam tindakan sebaran video
tersebut, parti KEADILAN tidak bertolak ansur dan akan mengambil
tindakan tegas mengikut perlembagaan parti, jika terdapat penglibatan
mana-mana anggota KEADILAN yang disabitkan kesalahan berlandaskan
undang-undang,” katanya.
Khamis lalu, Abdul Hamid mengesahkan
video seks membabit bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah
Abdul Aziz dan lelaki dikatakan mirip Mohamed Azmin adalah tulen.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan CyberSecurity tidak dapat memastikan 100 peratus pelaku dalam video berkenaan.
“Jawapan yang kami terima, mereka kata tulen. Tapi mereka tidak dapat sahkan 100 peratus siapa pelaku itu (video).
“Saya selaku Ketua Polis Negara tidak
boleh memandai-mandai. Perkara itu menjadi subjek dalam perbicaraan
sekiranya dibawa ke muka pengadilan nanti,” katanya.
Sehingga kini, polis telah menahan 11
individu dengan tujuh daripadanya dibebaskan, selepas tempoh reman tamat
serta keterangan diambil.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan
Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed memaklumkan bahawa akan
memanggil dua ahli politik bagi membantu siasatan kes terbabit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.