Jumaat, 5 Julai 2019

PAS setuju pengundi 18 tahun daftar automatik



Hasil carian imej untuk FOTO HADI AWANG

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menyatakan bersetuju sekiranya pendaftaran pengundi berusia 18 tahun didaftarkan secara automatik.
Katanya, pihak pembangkang telah bincang perkara itu dan dipersetujui.
“Kita dah bincang. Pembangkang dah bincang dan saya bersetuju untuk itu.
“Tapi apa yang penting (didaftarkan) automatik sebab orang kita malas daftar undi,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Terdahulu, ahli parlimen pembangkang sebulat suara bersetuju dengan usul yang dibawa kerajaan untuk menurunkan had umur mengundi daripada umur 21 tahun kepada 18 tahun.
Bagaimanapun, persetujuan itu diserta dengan syarat pendaftaran mengundi umur 18 tahun didaftarkan secara automatik serta layak menjadi calon dalam pilihan raya. – HARAKAHDAILY 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.