Selasa, 2 Julai 2019

Mokhtar Senik: Nik Zawawi ini level menteri

MALAYSIAKINI

   

Seorang pimpinan pusat PAS mencadangkan dialog mengenai 'fatwa' menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof.

Anggota Jawatankuasa PAS Mokhtar Senik berkata demikian setelah Ketua Dewan Ulama PAS Dr Nik Zawawi Salleh hanya mahu berdebat dengan tokoh yang setaraf.

Nik Zawawi, kata Mokhtar, sepatutnya diadukan terus dengan Mujahid, bukan dengan ustaz muda PH Wan Ji Wan Hussin atau Pengarah Syariah Amanah Zolkharnain Abidin.

"Apa kata kalau Wan Ji dan Zulkarnain (Zolkharnain) tak payah menyibuk. Kita adukan terus ketua dewan ulama PAS Pusat dengan menteri (hal ehwal) agama kerajaan pusat, Dr Mujahid.

"Sama level jawatan. Sama-sama (ada) Dr (sarjana falsafah). Okey tak?” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Nik Zawawi (kiri) dan Wan Ji 
 Terdahulu, Nik Zawawi menyatakan kesediaan untuk berdialong dengan mana-mana pihak dari PH berhubung "fatwa" wajib menjatuhkan kerajaan PH.

"Fatwa" tersebut ditegaskan beliau ketika berucap pada sesi penggulungan Muktamar PAS ke-65 di Kuantan, baru-baru ini.

Namun anggota Parlimen Pasir Puteh itu meletakkan syarat agar dialog berkenaan dibuat secara terbuka dan disiarkan secara langsung di televisyen atau tempat terbuka seperti di stadium.

Susulan itu Wan Ji menyahut cabaran itu dengan tidak meletakkan sebarang syarat untuk berdebat, manakala Setiausaha Politik Mujahid, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus mencadangkan nama Zolkharnain sebagai regu kepada Nik Zawawi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.