Kesucian agama umpama buih di lautan dek kebisuan pemerintah
BANG– “Anehnya, sehingga detik ini, tiada satu pun suara dari mereka yang
berkuasa memberi nasihat mahupun peringatan atas perbuatan melampau dan
mengaibkan maruah Nabi Muhammad ﷺ,” demikian luah Ketua Pemuda PAS
Melaka, Ustaz Ahmad Bilal Rahudin.
Kesal dengan
kebisuan pemerintah, beliau menyifatkan penghinaan terhadap Islam
semakin menjadi-jadi sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih
pentadbiran negara.
“Keceluparan,
kebiadaban dan kurang ajar menjadi keberanian menghina tonggak
tertinggi agama, yakni Allah dan pesuruhNya, Rasulullah
“Di mana pembela terkuat untuk mencegah atau bertindak dengan tangan atas kuasa dimiliki dan kepercayaan yang dimandatkan?
“Apakah
jawatan telah jadi kebanggaan, keselesaan dan kemudahan? Atau tangan
diikat terbelenggu kerana tunduk patuh pada kepentingan yang dikhuatiri
hilang?,” soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau
berkata demikian merujuk tindakan biadab pemilik akaun Facebook dengan
nama ‘Wendy Loong’ yang dilaporkan memuat naik hantaran berupa karikatur
seekor babi meliwat seorang lelaki Arab yang dinamakan sebagai Nabi
Muhammad.
Polis
sebelum ini mengesahkan, akaun Facebook berkenaan gagal dikesan dan
dipercayai sudah dipadamkan, tetapi pemiliknya akan terus dikesan.
Mengulas
perkara itu, Ustaz Ahmad Bilal berkata, kesucian agama umpama buih di
lautan yang begitu mudah diceroboh, malah menunggu saat ia terbuka untuk
ditindas dan dihabiskan.
“Petanda itu
sudahpun zahir nyata, apabila suara umat ini dilayan secara sengketa
dan diabaikan, lalu membibitkan fitnah-fitnah perpecahan. Akhirnya siapa
yang untung dan diuntungkan?
“Sebaliknya,
individu yang masyhur diketahui umat – pendakwah bebas, Wan Ji Wan
Hussin – telah menyinggung tonggak, kuasa dan institusi agama ini boleh
dibentang jalan mudah. Diberi surat kebenaran dan dibela kononnya
menyuburkan ilmu pengetahuan. Tiba-tiba segalanya menjadi
sewenang-wenang dilakukan,” katanya.
Beliau
mengakui kesal apabila ‘Rule of Law’ yang mana sebelumnya dibentang
bahas, dilulus dan diwartakan, akhirnya ‘dilepas bebaskan’ oleh kuasa
politikus.
“Apa nilainya Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara jika semua itu akhirnya dibakul sampahkan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.