PH siap lantik warga China terajui syarikat pelaburan negara
KUALA LUMPUR– “Penyokong PH yang tuduh BN dan Datuk Seri Najib Razak jual negara
kepada China, ramai dah masuk gua sebab kesipuan yang melampau,” sinis
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Adnan Seman.
Beliau
berkata demikian mengulas pengumuman Khazanah Nasional Bhd yang melantik
tiga anggota lembaga pengarah baharu termasuk dua individu warga China.
Sebelum ini,
netizen dilaporkan sering menuduh bekas perdana menteri menjual negara
kepada China kerana hubungan diplomasi serta pelbagai pelaburan yang
masuk dari negara republik itu ke Malaysia.
Pun begitu,
membidas tuduhan berkenaan, Adnan berkata, kerajaan PH bukan sahaja
menjalinkan hubungan dagang dengan China malah, melantik warganegara
China sebagai pengarah Khazanah.
“Mana tak dulu bukan main lagi kutuk BN, sekarang dah tak tahu nak letak muka kat mana.
“Kerajaan PH
ini bukan macam BN yang setakat jalinkan hubungan dagang dengan China,
tetapi siap lantik warga China sebagai pengarah dalam syarikat pelaburan
milik negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dua warga
China yang dilantik adalah Pengasas SenseTime dan profesor di Chinese
University of Hong Kong, Profesor Xiao’ou Tang serta, Naib Presiden
Eksekutif dan Pengerusi Pemasaran Kumpulan serta Penjenamaan Global,
Tencent Holding Company Limited, Lau Seng Yee.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.