MALAYSIAKINI
Seramai 39 pemimpin PKR dari dua negeri- Johor (29 orang) dan Pulau Pinang (12 orang)- hari ini menyatakan ikrar taat setia kepada presiden PKR Anwar Ibrahim untuk terus mengetuai parti.
Sokongan itu dinyatakan sehari selepas 11 daripada 14 ketua cabang PKR di Kelantan menyatakan sokongan sama kepada Anwar.
“Bahawa kami menyatakan ikrar taat setia dan menyokong penuh tanpa belah bahagi kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus menjadi nakhoda menerajui parti tercinta ini dan juga barisan pimpinan negeri sedia ada.
Ikrar ditandatangani sebahagian besar ketua cabang di kedua-dua negeri itu turut menggunakan teks seragam dengan 11 ketua cabang di Kelantan semalam.
Sokongan itu dizahirkan susulan pergeseran antara Anwar dan Azmin Ali yang semakin memuncak sejak sebulan lalu ekoran tersebarnya beberapa video seks sejenis yang dikaitkan dengan timbalannya itu.
Yang menyatakan sokongan ialah Jimmy Puah Wee Tse (Ketua Cabang Pulai dan Adun Bukit Batu); Akmal Nasir (Ketua Cabang Johor Bahru dan Anggota Parlimen Johor Bahru); Naim Jusri (Ketua Cabang Muar); Hasnizam Hussain (Ketua Cabang Kulai); Yoong Thau (Ketua Cabang Sekijang); Sanihan Mislan (Ketua Cabang Bakri); Jacqualine Neo Poi Hoo (Ketua Cabang Ayer Hitam); Kusni Simoh (Ketua Cabang Parit Sulong); Wong Yun Chin (Ketua Cabang Simpang Renggam); Mohd Shahrun Radzi (Ketua Cabang Sembrong); Chin Lian Chun (Ketua Cabang Kota Tinggi); Syed Abdullah Syed Abdul Mutalib (Ketua Cabang Pengerang); Abdul Halim Dawan (Ketua Cabang Pasir Gudang); Shamsuri Shahdan (Ketua Cabang Bandar Tenggara).
Ketua cabang yang tidak menandatangani surat sokongan itu pula ialah Segamat, Labis, Pagoh, Redang, Sri Gading, Batu Pahat, Kluang, Tebrau, Gelang Patah dan Pontian.
Sementara itu, antara pemimpin lain yang menandatanganinya ialah Hassan Abdul Karim (Anggota Parlimen Pasir Gudang); Yashruddin Kusni (Adun Bukit Naning); Natrah Ismail (Anggota Parlimen Sekijang); Khuzzan Abu Bakar (Adun Semerah); Yuneswaran Ramaraj (Ketua Amk Johor); Gopalankrishnan Subramaniam (Adun Tiram); Syed Ibrahim Syed Noh (Anggota Parlimen Ledang); Rosman Tahir (Penaja Cabang Tanjung Piai); Khairil Adnan (Penaja Cabang Mersing); Malikfaishal Ahmad, Zabidie Abas, Haniff Hosman, dan Syed Hamid Ali selaku Ahli Majlis Pimpinan Negeri (lantikan).
Manakala sebahagian besar ketua cabang dari Pulau Pinang- 12 daripada 14- menyatakan sokongan serupa kepada Anwar.
Mereka ialah Mustafa Kamal Ahmad (Ketua Cabang Tasek Gelugor); Chan Soon Aun (Ketua Cabang Bukit Gelugor); Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman (Ketua Cabang Kepala Batas); Goh Choon Aik (Ketua Cabang Batu Kawan); Lee Khai Loon (Ketua Cabang Bukit Mertajam); Shahrudin Shariff (Ketua Cabang Jelutong); Nurul Izzah Anwar (Ketua Cabang Permatang Pauh); Alan Oh (Ketua Cabang Bagan); Jason Ong (Ketua Cabang Bukit Bendera), Sim Tze Sin (Ketua Cabang Bayan Baru), Chua Kheng Ee (Ketua Cabang Tanjung).
Cabang Bukit Pulau pula ditandatangani oleh Timbalan Ketua Cabang, Mohd Tuah Ismail, manakala Ketua Cabang Nibong Tebal, Mansor Othman tidak menandatangani surat sokongan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.